HONOR telah memenangi sebanyak 45 Anugerah di MWC 2024

- Advertisement -

Jenama teknologi global HONOR telah menerima sebanyak 45 anugerah daripada media global semasa Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona, Sepanyol.

HONOR memperkenalkan strategi baru yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dengan pengumuman pelancaran global HONOR Magic6 Pro dan komputer riba AI HONOR MagicBook Pro 16 di MWC. Dengan antara muka berdasarkan niat dan kerjasama lintas sistem operasi, HONOR membawa ciri-ciri yang diaktifkan oleh AI seperti Magic Portal dan MagicRing, yang diiktiraf secara meluas oleh media global.

HONOR Magic6 Pro mendapat pujian daripada media semasa pelancaran global. Android Headlines, laman web berita Android terkemuka, memberikan anugerah Best of MWC 2024 kepada HONOR Magic6 Pro, dengan berkata “bahawa HONOR Magic6 Pro adalah langkah ke hadapan berbanding pendahulunya, dan ia tidak hanya menawarkan kamera yang hebat, tetapi hebat dalam pelbagai aspek lain”.

Android Police menyatakan bahawa “dengan Magic 6 Pro, HONOR secara ketara meningkatkan ‘gaming hardware’ , meninggalkan pesaing dalam beberapa ciri yang ketara”

Sementara itu, media teknologi CNET juga mengulas bahawa “Magic 6 Pro adalah di antara flagship Android yang paling menarik tahun ini.”

Terkesan dengan prestasi luar biasa HONOR Magic6 Pro, media fesyen terkenal GQ Spain berkata, “siri Magic Pro HONOR adalah yang paling berprestij, menggabungkan hardware dan perisian terbaik HONOR.”

HONOR MagicBook Pro 16, komputer riba AI pertama dalam sejarah HONOR, telah dipamerkan secara global untuk pertama kalinya dan memenangi sokongan global daripada media di seluruh dunia.

Mashable menyatakan HONOR MagicBook Pro 16 sebagai Laptop Terbaik MWC 2024. Android Authority mengurniakan anugerah Best of MWC 2024 kepada HONOR MagicBook Pro 16 dan mengulas bahawa “HONOR MagicBook 16 Pro adalah komputer riba yang ‘powerful’ yang direka untuk zaman AI.”

Selain itu, Trusted Reviews memberikan Anugerah Pertunjukan Terbaik kepada HONOR MagicBook Pro 16, dengan berkata bahawa “ciri-ciri seperti Pencarian Gambar Pintar, Ringkasan Dokumen Pintar, Pemahaman Teks, Subtitle AI, dan Teks Ajaib menunjukkan masa depan yang produktif di mana AI membantu mengurangkan beban tugas harian.”

Dari segi inspirasi reka bentuk terkini, sebagai identiti ikonik global dan premium, PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR juga telah diiktiraf dengan terbaik oleh media global. Anugerah industri bergengsi GLOMO Best in Show, yang dinilai berdasarkan produk terbaik yang dipamerkan, dianugerahkan kepada PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR tahun ini.

Dalam dunia fesyen, media fesyen global COSMOPOLITION menyertakan telefon lipat ini dalam tip Editor mereka untuk London Fashion Week, dengan berkata bahawa “Porsche Design HONOR Magic V2 RSR telah mengubah permainan sepenuhnya.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat