Ringgit lemah: Muhyiddin dakwa rakyat hilang keyakinan terhadap kemampuan Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Rakyat didakwa hilang keyakinan terhadap kemampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengurus ekonomi negara.

Ini ekoran nilai ringgit terus merekodkan trend melemah berbanding mata wang negara serantau, dakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin (PN-Pagoh) mendakwa ramai rakyat Malaysia memilih menyimpan mata wang asing berbanding ringgit, kerana bimbang nilainya akan terus menyusut.

Muhyiddin yang juga Perdana Menteri itu berkata, data sehingga Julai tahun lalu menunjukkan deposit mata wang asing dalam sistem perbankan negara berjumlah RM250 bilion, tertinggi dalam sejarah berbanding ketika pentadbirannya pada 2021 iaitu hanya sekitar RM150 bilion.

“Persoalannya kenapa mereka tidak yakin? Bukankah kerajaan telah beri jaminan bahawa nilai ringgit akan mengukuh?

“Kalau tanya saya jawapannya senang saja. Rakyat tak yakin dengan perdana menteri mampu mengurus ekonomi negara ini dengan baik.

“Saya tengok dalam media sosial ramai netizen yang ulang tayang video Tambun (Anwar) ketika dia jadi pembangkang. Dia kata ‘Hang tak reti jaga negeri’. Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘hang yang tak reti jaga negeri’,” katanya dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Pengerusi PN itu turut membangkitkan peranan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang didakwanya gagal berfungsi menyelesaikan kos sara hidup rakyat yang kian meruncing terutama ketiadaan beras tempatan di pasaran.

“NACCOL macam tak ada kesan, masalah tak juga selesai. Beras tempatan yang dijual pada harga RM2.60kg masih sukar ditemui di pasaran. Kemana perginya beras ini?

“Sedangkan 62 peratus bekalan beras di negara ini adalah beras tempatan. Ini sesuatu yang pelik.

“Kelewatan kerajaan menyelesaikan isu ini akan menampakkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengurus hal yang amat penting kepada kehidupan rakyat,” katanya mendesak Anwar segera melunaskan janji melaksanakan reformasi dan menaikkan nilai ringgit kepada rakyat.

Beliau turut menggesa kerajaan menangguh rancangan melaksana rasionalisasi subsidi petrol dan diesel, memandangkan rakyat ketika ini sedang berdepan kenaikan harga barang dan berbagai jenis cukai yang didakwanya membebankan.

“Mungkin elok kerajaan tangguhkan dahulu rancangan rasionalisasi subsidi petrol dan diesel buat sementara waktu. Saya faham beban fiskal yang ditanggung oleh negara kita akibat jumlah subsidi yang besar.

“Tetapi pada masa sama, adakah kita rela melihat rakyat menanggung sengsara dalam keadaan mereka sudah pun terbeban dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan tekanan kos sara hidup dan kenaikan cukai,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat