Azmin Harap UMNO Kaji Semula Keputusan Tidak Kerjasama Dengan Bersatu

KUALA LUMPUR – Pimpinan UMNO diharap terus bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan meneliti semula keputusan parti berkenaan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU akan datang.

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PN sedia bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin stabil dan kukuh bagi meneruskan usahanya membantu rakyat dikala pandemik Covid-19.

“Kita berharap pimpinan tertentu dalam UMNO dapat ambil sikap untuk teliti semula keputusan itu. PN ini dibentuk dengan cita-cita yang cukup murni, perpaduan itu amat penting, pemeliharaan terhadap perlembagaan dan undang-undang itu perlu dijunjung, kita mahu kestabilan dalam negara ini dipelihara.

“Kita tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab, yang akan menyebabkan ketidakstabilan terhadap kerajaan kerana ia akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa dan kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Polis Hulu Klang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Umno yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU akan datang.

Bagaimanapun Umno kekal memberikan sokongan terhadap PN sehingga parlimen dibubarkan.

Terdahulu Azmin yang merupakan Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.

Sementara itu, mengulas mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang diadakan semalam, Azmin berkata,Bersatu mengambil ketetapan untuk meneruskan usaha-usaha memupuk perpaduan yang lebih utuh dan keharmonian dalam PN.

“Kita akan pastikan anggota parti PN berpegang kepada prinsip yang jelas bahawa pembentukan kerajaan PN ini adalah berdasarkan prinsip-prinsip untuk menjamin kestabilan, urus tadbir negara yang bersih.

“Selain itu ialah PN bertanggungjawab dan menjamin kebebasan badan kehakiman dalam negara serta menjunjung keluhuran perlembangaan dan undang-undang untuk melakukan kebaikan dan keadilan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan,” katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata dalam situasi semasa, rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat bagi memastikan sistem penyampaian dapat dijalankan secara berkesan dalam usaha kerajaan untuk memulihkan dan mencergaskan kembali ekonomi negara yang terjejas. – Bernama

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,...

UMNO Akan Kembali Bangkit Walaupun Ditekan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin UMNO kembali bangkit semula untuk mentadbir negara walaupun kini menerima tekanan dari dalam dan...

22 Kematian, 3,973 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,973 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 448,457 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,...