Keliru Hukum Lafaz Talak Dalam Drama, Michael Ang Mahu Netizen Kongsi Pendapat

- Advertisement -

Apabila seseorang itu diberikan hidayah dan dipilih untuk menjadi seorang muslim, pastinya golongan ini akan sentiasa tertanya-tanya tentang hukum hakam agama. Begitu jugalah dengan pengarah drama terkenal, Michael Ang yang umum diketahui telah memeluk Islam sekitar dua tahun yang lalu.

Sedar bahawa beliau masih lagi dalam proses belajar, beliau yang lebih mesra disapa sebagai Mike, sentiasa utarakan persoalan yang bermain difikiran mengenai perkara yang tidak difahami kepada para netizen di media sosial.

Menginjau akaun Instagram peribadi milik pengarah itu, Mike melalui perkongsian terbaharunya telah meminta penjelasan dari pengikutnya mengenai ceramah yang telah didengar beliau berkenaan lafaz talak ketika berlakon.

 

Ceramah yang dimaksudkan adalah dari pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus. Menurut pendakwah tersebut, talak tetap akan gugur jika pelakon tersebut melafazkan cerai ketika berlakon meskipun lafaz cerai tersebut tidak dimaksudkan untuk isteri sebenar pelakon itu.

Akaui dirinya risau jika berdosa dan tidak mengetahui tentang hukum tersebut, Mike meminta penjelasan dan pendapat dari pengikutnya. Menurut pengarah itu lagi, terdapat banyak babak berkaitan isu tersebut di drama terbaharunya yang sedang ditayangkan.

Mike yang nyata keliru dengan hukum tersebut meminta agar pihak netizen supaya jangan menghakiminya. Sebaliknya, beliau meminta agar beliau diberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

Susulan itu, rata-rata dari pengikut pengarah tersebut mencadangkan agar Mike berhubung sendiri dengan pakar mengenai hukum ini. Hal ini kerana, isu lafaz cerai bukanlah sesuatu isu yang mudah untuk dibicarakan dan dijatuhkan hukum.

photo_2021-02-05_13-58-19

KOMEN DARI NETIZEN. SUMBER: INSTAGRAM

photo_2021-02-05_13-58-22

SUMBER: INSTAGRAM

Terdapat banyak pendapat mengenai isu ini. Ada dalam kalangan netizen yang berpendapat bahawa penjelasan dari pendakwah tersebut sudah terang oleh itu mereka turut mencadangkan agar babak-babak cerai seeloknya dielakkan di masa hadapan.

Bagaimanapun, isu yang berat seperti ini memang sepatutnya ditanya kepada mereka yang lebih arif agar tidak tersalah jatuh hukum. Pendapat anda pula bagaimana?

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat