Muhyiddin, Jokowi Adakan Pertemuan Empat Mata Hari Ini

JAKARTA: Acara kemuncak lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia hari ini adalah mesyuarat empat mata antara Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia Joko Widodo.

Mesyuarat secara bersemuka itu akan berlangsung di Istana Merdeka, di sini.

Muhyiddin dijadualkan tiba di istana berkenaan pada pukul 10.30 pagi (11.30 pagi waktu Malaysia) dan akan diberikan sambutan negara sebelum kedua-dua pemimpin meneruskan dengan acara mesyuarat.

Mesyuarat akan berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard pencegahan COVID-19 yang ketat.

Seorang diplomat Malaysia di Indonesia, berkongsi dengan media baru-baru ini mengenai pentingnya pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu.

“Terdapat beberapa perkara yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara yang memerlukan perbincangan peringkat tertinggi, perbincangan secara bersemuka dan dari hati ke hati,” kata Duta Besar Malaysia untuk Indonesia Datuk Zainal Abidin Bakar.

Kemudiannya, kedua-dua pemimpin berkenaan akan mengadakan sidang media bersama sebelum menunaikan Solat Jumaat di Masjid Baiturrahim di kompleks istana.

Presiden yang terkenal dengan panggilan Jokowi itu akan menjadi hos acara jamuan makan tengah hari rasmi sempena lawatan perdana menteri bersama rombongan kecilnya di istana presiden lain, iaitu Istana Negara di sini, dengan pematuhan SOP yang ketat.

Muhyiddin yang tiba di sini pada pukul 4.30 petang Khamis akan menamatkan lawatan rasminya dalam tempoh kurang 24 jam.

Lawatan diadakan atas undangan Presiden Indonesia dan ini adalah lawatan rasmi pertama Muhyiddin sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada Mac tahun lepas.

– BERNAMA

 

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

Berita Berkaitan

Tiada Krisis Dalam UMNO – Mahadzir Khalid

PADANG TERAP: Tiada sebarang krisis dalam UMNO apatah lagi dalam kalangan pimpinan parti itu berikutan perbezaan pendirian untuk meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Hadi Awang Yakin Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

KUALA LUMPUR: Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi...

Gubal Akta Anti Lompat Parti Perlu Sokongan Dua Pertiga – Takiyuddin

KOTA BHARU: Penggubalan akta anti lompat parti memerlukan sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen bagi meminda Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana...