Piala Asia 2023 Qatar: PM ucap selamat berjaya kepada skuad Harimau Malaya

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh keyakinan tinggi pasukan Harimau Malaya kendalian jurulatih Kim Pan Gon mampu beri saingan mantap di pentas Piala Asia 2023 Qatar bermula 12 Jan hingga 10 Feb ini.

Beliau berharap, skuad Harimau Malaya berjuang sepenuh jiwa demi lencana di dada.

“Selepas 42 tahun, kini Harimau Malaya kembali beraksi di pentas Piala Asia 2023 di Qatar.

“Selamat berjuang saya ucapkan dan saya menaruh keyakinan tinggi pasukan kendalian jurulatih Kim Pan Gon mampu beri saingan mantap dalam kejohanan kali ini.

“Mewakili seluruh rakyat Malaysia, saya mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Malaya. Berjuanglah sepenuh jiwa demi lencana di dada!,” kata Anwar menerusi kenyataan Facebooknya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyeru Kepada peminat bola sepak negara memberi sokongan sepenuhnya kepada skuad Harimau Malaya.

Katanya lagi, RTM akan menyiarkan secara langsung perlawanan yang membabitkan pasukan negara itu.

Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia, dan bakal menentang Jordan dalam aksi pertama kumpulan E, pada 15 Januari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat