Ahli parlimen boleh isytihar sokong sesiapa jadi PM tanpa umum keluar parti – Fadhli Shaari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, walaupun ada Akta Lompat Parti, ahli parlimen boleh isytihar menyokong sesiapa jadi Perdana Menteri tanpa keluar parti.

Menurutnya, lima orang ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan kelemahan Akta Lompat Parti ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkan pembangkang supaya tidak lagi cuba melakukan sebarang ‘langkah tebuk atap’ untuk menjatuhkan kerajaan, sebaliknya perlu mengambil pengajaran daripada pengalaman bertukar tiga Perdana Menteri pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri berkata, pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh satu penggal selepas PRU14 telah memberi kesan bukan saja kepada negara tetapi juga rakyat secara keseluruhan akibat ketidakstabilan politik.

Zahid dalam kenyataan itu mengingatkan pembangkang mengenai kewujudan Akta Antilompat Parti yang mana sebarang keputusan besar berkaitan politik harus dibuat secara en bloc.

“YAB TPM kata selepas diperkenalkan akta anti lompat parti, semua keputusan kena buat secara enbloc, tak boleh ingkar arahan ketua parti.

“Saya nak perbetulkan sikit, walaupun ada akta anti lompat parti, ahli parlimen boleh isytihar sokong sesiapa jadi Perdana Menteri tanpa keluar parti. Ia terbukti semasa beberapa Ahli Parlimen PN nyatakan sokongan kepada PMX bahkan dialu-alukan oleh pihak kerajaan.

“Terima kasih kepada Kuala Kangsar, Labuan, Jeli, Gua Musang dan Bukit Gantang yang membuktikan kelemahan Akta Lompat Parti. Penyokong PADU (PKR Amanah DAP dan UMNO) tentu setuju fakta ini,” kata ahli parlimen Pasir Mas dalam kenyataan Facebooknya, pada Jumaat. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat