Ahmad Redza Ghulam Rasool dilantik Ketua Pengarah JKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Ir Ahmad Redza Ghulam Rasool dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya menggantikan Datuk Seri Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman berkuat kuasa hari ini, 5 Januari 2023.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Ahmad Redza, 59 dilantik mengisi jawatan itu adalah berdasarkan kelayakan, ciri-ciri kepimpinan dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan, pengurusan projek pembangunan, pengurusan aset serta sebagai Pengarah Negeri di beberapa negeri dan juga sebagai Pengarah Kanan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR.

“Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra).

“Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 39 tahun sebagai Jurutera Awam bermula pada 21 Disember 1984 dan mempunyai ljazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dari Universiti Missouri, Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Zuki juga percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Ahmad Redza dapat memacu agenda pembangunan dan infrastruktur Negara sekaligus mengangkat Jabatan Kerja Raya sebagai agensi teknikal utama Negara bertaraf dunia.

“Saya bagi pihak Kerajaan ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohamad Zulkefly atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada Negara sepanjang perkhidmatan,” ucapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat