Pemimpin DAP Dakwa Parti Itu Lebih Baik Dari UMNO

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong mendakwa kepimpinan parti itu lebih baik berbanding UMNO dari segi sistem dan struktur pentadbiran.

Memetik laporan Sinar, beliau berkata DAP tidak mempunyai Presiden seperti UMNO sebaliknya mempunyai Setiausaha Agung yang berperanan setaraf CEO sesebuah organisasi.

Beliau turut mendakwa Setiausaha Agung DAP tidak mempunyai kuasa mutlak.

“Setiausaha Agung tidak mempunyai kuasa mutlak. Beliau mempunyai kuasa eksekutif untuk tujuan operasi, namun perlu mengikut keputusan bersama Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dalam soal-soal dasar.

“Ketiadaan presiden yang berkuasa mutlak adalah suatu rahmat buat DAP. Lihat sahaja kepada UMNO di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dan anda akan faham apa maksud saya,” katanya.

Gerakan singkir dua Lim dalam DAP

Dalam perkembangan lain, portal berita Malaysiakini melaporkan DAP kini dilanda kemelut kepimpinan apabila terdapat gerakan untuk menyingkirkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang, yang merupakan Penasihat parti itu.

“Menjelang pemilihan parti DAP pada pertengahan tahun ini, gerakan untuk menyingkirkan setiausaha agung Lim Guan Eng, dan bapanya, Lim Kit Siang dikatakan semakin mendapat momentum.

“Pelancaran sebuah buku yang dijadualkan pada 17 Januari disebut-sebut sebagai peluang bagi gerakan anti-Lim untuk merancakkan lagi momentum sebelum pemilihan parti, yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 30 Jun,” kata laporan Malaysiakini, hari ini.

Dalam laporan sama, Hew Kuan Yau yang dikenali sebagai ‘Superman DAP’ mendakwa Lim Guan Eng berhasrat menjadi ‘tok dalang’ dalam mengatur pentadbiran DAP dengan bertanding sebagai Pengerusi parti susulan tempoh khidmat sebagai Setiausaha Agung yang disandangnya akan tamat tempoh.

‘Siapa pembuat keputusan sebenar dalam DAP? Sepatutnya setiausaha agung, bukan pengerusi parti.

“Sebab itu perlembagaan parti mengehadkan tempoh setiausaha agung kepada tiga penggal atau sembilan tahun, sementara tidak ada had penggal buat pengerusi,” kata, Hew Kuan Yau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat