7 Dari 11 Kluster Baru Covid-19 Libatkan Tempat Kerja – Dr Noor Hisham

PH Hantar Wakil Anggotai Jawatankuasa Khas Darurat – Anwar

PUTRAJAYA - Pembangkang akan menghantar tiga nama wakilnya bagi menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas darurat, seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa...

Faktor Cuaca Punca Kenaikan Harga Barang Basah – Alexander Nanta

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengakui berlaku peningkatan harga barangan bagi barang basah termasuk sayur-sayuran. Menterinya, Datuk Seri Alexander...

JAIS Sahkan Muhammad Sajat Didakwa Di Mahkamah

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat sudah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah...

Setiausaha PKR Cabang Kampar Umum Keluar Parti

IPOH - Melihat PKR sudah hilang hala tuju dan tidak lagi bertaring, Setiausaha Cabang PKR Kampar, Sharul Baha Abd. Rahman mengumumkan keluar parti dan...

Kampung Orang Asli Batu 6 Di Perak Dikenakan PKPD Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Kampung Orang Asli Batu 6, Jalan Pahang di Batang Padang, Perak akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebelas lagi kluster baharu hari ini dengan tujuh daripadanya melibatkan tempat kerja menjadikan jumlah keseluruhan kluster di seluruh negara kini sebanyak 548 dengan 242 kluster aktif dipantau.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster tempat kerja itu dikesan melalui saringan bersasar di tempat kerja manakala empat kluster lain dikenal pasti menerusi saringan individu bergejala.

Kluster tempat kerja terbabit dikesan di Selangor melibatkan Kluster Jalan Playar dan Kluster Sri Suria di Petaling; Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih dan Kluster Bukit Angkat di Hulu Langat; Kluster Parit Jamil di Muar, Johor; serta Kluster Tapak Bina Jalan Desa di Lembah Pantai; dan Kluster Jalan Raja di Lembah Pantai, Cheras, Titiwangsa dan Kepong di Kuala Lumpur.

“Kes dalam Kluster Jalan Playar dilapor positif bermula pada 11 Dis 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang dan sehingga hari ini sejumlah 180 individu disaring dengan 68 kes dikesan positif COVID-19.

“Kes bagi Kluster Sri Suria dilapor positif bermula hari ini melalui saringan bersasar di sebuah kilang dengan sejumlah 258 individu disaring dan 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan harian COVID-19, hari ini.

Beliau berkata Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih mencatat 17 kes positif COVID-19 manakala Kluster Bukit Angkat melaporkan 25 kes positif.

“Kes indeks bagi Kluster Parit Jamil iaitu kes ke-108,188 telah dilaporkan positif pada 29 Dis 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga hari ini, sejumlah 612 individu disaring, dengan 62 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Kes bagi Kluster Tapak Bina Jalan Desa bermula hari ini hasil saringan bersasar di tapak binaan dengan sejumlah 800 individu disaring, dan 116 kes dikesan positif COVID-19 manakala Kluster Jalan Raja mengesan 25 kes positif melalui saringan bersasar di sebuah pusat membeli-belah,” katanya.

Empat kluster baharu yang lain pula ialah Kluster Tombovo di Putatan, Sabah yang merekodkan 18 kes positif COVID-19; Kluster Langit Selatan di Kuantan, Pahang (sembilan); Kluster Bah Sayap di Miri, Sarawak (lima); dan Kluster Mengkuang di Marang dan Kuala Nerus di Terengganu yang mencatat 10 kes.

Dr Noor Hisham berkata 53 kluster merekodkan pertambahan kes hari ini dengan Kluster 5 Jalan Perindustrian mencatat kes baharu tertinggi sebanyak 200 kes, Kluster Tapak Bina Jalan Desa (116 kes), dan Kluster Beringin (65 kes). – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

PH Hantar Wakil Anggotai Jawatankuasa Khas Darurat – Anwar

PUTRAJAYA - Pembangkang akan menghantar tiga nama wakilnya bagi menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas darurat, seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa...

Faktor Cuaca Punca Kenaikan Harga Barang Basah – Alexander Nanta

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengakui berlaku peningkatan harga barangan bagi barang basah termasuk sayur-sayuran. Menterinya, Datuk Seri Alexander...

JAIS Sahkan Muhammad Sajat Didakwa Di Mahkamah

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat sudah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah...