Kes Kartel Daging: Jualan Penternak Tempatan Melonjak

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Orang Melayu Tak Daftar Jadi Pengundi Kerana Dirasuk Syaitan Penjajah – Abdul Hadi

PETALING JAYA - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi,...

Naik Kain Rentang Itu Kerja Orang Luar, Baling Batu Sembunyi Tangan – Shabery

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

JOHOR BAHRU: Pembongkaran isu daging sejuk beku import dengan status halal meragukan pada awal Disember lepas telah membuka laluan penternak tempatan meningkatkan hasil jualan bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap produk daging ketika ini.
Antara syarikat yang menerima tempias positif akibat pembongkaran itu ialah Osman Goat Farm di Kangkar Tebrau di sini yang telah bertapak di pasaran sejak 31 tahun lepas.

Pengarah Urusannya Osman Cheya Kutty berkata sejak pendedahan isu itu, jualan daging kambing syarikatnya melonjak daripada hanya tiga ekor sehari kepada sembilan ekor sehari yang dipercayai didorong oleh kesedaran masyarakat yang mahukan daging diyakini halal.

“Walaupun harga daging kambing tempatan segar dijual lebih mahal iaitu sekitar RM60 sekilogram berbanding RM25 bagi daging import sejuk beku, namun kebanyakan masyarakat sanggup membelinya, ” katanya kepada pemberita ketika ditemui di premis perniagaan itu di sini, semalam.

Osman berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk memenuhi peningkatan permintaan daging kambing berikutan syarikatnya memiliki kira-kira 3,000 ekor kambing pada masa ini.

“Ladang ternakan kami di Seelong, Kulai dan di sini (Kangkar Tebrau) mempunyai dua baka kambing tempatan iaitu jenis Jamna Pari dan Boer serta empat baka kambing biri-biri yang diimport dari Australia iaitu Damara, Merino, Vanroy dan Awassi.

“Buat masa ini, bekalan mencukupi untuk memenuhi peningkatan permintaan dari seluruh Johor,” katanya sambil memaklumkan pembeli turut boleh melihat sendiri proses penyembelihan yang dilakukan oleh empat penyembelih bertauliah ketika berkunjung untuk membeli produk di premis mereka.

Pada 1 Dis lepas, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mendedahkan kegiatan kartel daging sejuk beku import yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk membolehkannya dijual di pasaran tempatan.

Sementara itu, Osman berkata kejadian banjir yang melanda bandar raya ini telah mengakibatkan syarikatnya mengalami kerugian kira-kira RM60,000 melibatkan kerosakan stok daging, produk susu dan makanan kambing yang disimpan di pusat jualan di Kangkar Tebrau di sini, selain daripada perkakasan elektrik dan perabot yang terdapat di pejabat serta surau.

Menurutnya, premis berkenaan dinaiki air dengan ketinggian 1.2 meter ketika pihaknya sedang menyediakan bekalan makanan kepada 600 mangsa banjir di sekitar kawasan Kangkar Tebrau pada 11 pagi, 2 Jan lalu.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Penutupan Penuh Ekonomi Boleh Diganti Dengan Langkah Lain – Azmin

KUALA LUMPUR: Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan kerajaan berkenaan cadangan penutupan penuh aktiviti ekonomi bagi mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,...

Top Glove Beri Keutamaan Kepada Keselamatan, Kesejahteraan Pekerja

KUALA LUMPUR- Top Glove Corporation Bhd hari ini memberi jaminan kepada pihak berkepentingan untuk melihat keselamatan dan kesejahteraan para pekerja sebagai paling utama dalam...