COVID-19: Kehadiran Penuh Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah Di Pejabat Bermula Hari Ini

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Orang Melayu Tak Daftar Jadi Pengundi Kerana Dirasuk Syaitan Penjajah – Abdul Hadi

PETALING JAYA - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi,...

Naik Kain Rentang Itu Kerja Orang Luar, Baling Batu Sembunyi Tangan – Shabery

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memutuskan perkhidmatan dan waktu bekerja pejabat kerajaan negeri beroperasi sepenuhnya bermula hari ini, dengan kehadiran pegawai dan kakitangan di pejabat pada tahap 100 peratus.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang juga jurucakap rasmi mengenai COVID-19 di Sabah berkata, arahan itu bertujuan memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa berada di tahap yang baik dan efektif.

“Semua penjawat awam dikehendaki mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan semasa dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan pandemik COVID-19 di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Masidi berkata atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud bermula 5 Januari sehingga 18 Januari 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan tindakan kawalan dan pencegahan lapangan dijalankan serta bagi menyekat penularan jangkitan COVID-19 di dalam komuniti setempat. Sehingga 31 Disember 2020, KKM telah melaksanakan 207 saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 24 kes positif telah direkodkan di kampung berkenaan,” tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah pada hari ini adalah 303 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38,172 kes.

“Tiga kematian dicatatkan di Sabah hari ini iaitu masing-masing satu di Tawau, Lahad Datu dan Keningau. Seramai 147 pesakit COVID-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,530 orang.

“Sejumlah 1,971 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 665 orang di hospital dan 1,306 orang di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19). Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU pula adalah 52 orang dengan 15 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” kata.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

4,076 Pesakit Pulih, 3,585 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut-turut akibat pandemik COVID-19. Angka berkenaan sekali gus menjadikan jumlah korban akibat wabak COVID-19 di...