Ahli UMNO Dicuri Parti Lain?

Faktor Cuaca Punca Kenaikan Harga Barang Basah – Alexander Nanta

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengakui berlaku peningkatan harga barangan bagi barang basah termasuk sayur-sayuran. Menterinya, Datuk Seri Alexander...

JAIS Sahkan Muhammad Sajat Didakwa Di Mahkamah

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat sudah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah...

Setiausaha PKR Cabang Kampar Umum Keluar Parti

IPOH - Melihat PKR sudah hilang hala tuju dan tidak lagi bertaring, Setiausaha Cabang PKR Kampar, Sharul Baha Abd. Rahman mengumumkan keluar parti dan...

Kampung Orang Asli Batu 6 Di Perak Dikenakan PKPD Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Kampung Orang Asli Batu 6, Jalan Pahang di Batang Padang, Perak akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai...

11 Kematian, 4,008 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR - Negara kembali merekodkan kes harian melebihi angka 4,000 pada Rabu, selepas 4,008 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor...

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

Baru-baru ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa terdapat usaha yang dibuat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk men”curi” ahli-ahli UMNO agar mereka menyertai PPBM.

Perkara ini juga disokong oleh beberapa pemimpin PAS yang menyatakan bahawa mereka juga terkejut kerana PPBM dikatakan turut mencuba untuk “meminang” ahli-ahli mereka. Kedua-dua kenyataan ini dinafikan oleh para pemimpin PPBM.

Pertama, sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, Dr. Asyraf Wajdi & beberapa pemimpin PAS tersebut perlu menunjukkan bukti bahawa terdapatnya usaha perkara tersebut benar-benar terjadi. Mungkin boleh diketengahkan testimoni ahli-ahli UMNO & PAS yang telahpun ditawarkan dengan wang ringgit untuk menyertai PPBM.

Kedua, sekiranya perkara ini berlaku sekalipun, kita perlu sedar bahawa parti politik bukanlah seperti agama yang tidak boleh ditukar. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang rakyatnya boleh memilih untuk menyokong mana-mana parti politik yang berdaftar. Walaupun tindakan untuk memancing ahli dari parti bersekutu adalah tidak beretika, namun ianya bukanlah satu kesalahan.

Ketiga, mungkin juga parti UMNO & PAS perlu bermuhasabah tentang mengapa ahli-ahli mereka sanggup berhijarah ke parti lain. Mungkinkah terdapat isu-isu dalaman yang tidak dapat diselesaikan sehingga menyebabkan ahli-ahli tersebut muak dengan perangai pemimpin UMNO atau PAS pada ketika ini? Mungkin ya, mungkin tidak. Jadi lakukanlah muhasabah agar UMNO & PAS mendapat jawapan ini segera.

Keempat, seharusnya pemimpin UMNO & PAS mencontohi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kerana beliau pada ketika ini bersifat sangat rasional dan tidak melatah sepertimana pemimpin-pemimpin muda UMNO. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid tidak langsung mengeluarkan apa-apa jua kenyataan, kerana ini bukanlah masa untuk bertarung berebut ahli, ini adalah masa untuk UMNO menunjukkan kepada rakyat bahawa parti ini benar-benar dapat berbakti demi agama, bangsa dan negara.

Kelima, pemimpin muda UMNO seharusnya memberikan fokus utama kepada kebajikan ahli mereka. Dikhabarkan ahli UMNO pada ketika ini berjumlah 3 juta orang, adakah itu suatu perkara yang masih benar? Adalah lebih baik pemimpin muda UMNO menyergah Ketua-Ketua Bahagian yang selepas pemilihan langsung tidak menghiraukan nasib ahli-ahli UMNO di seluruh Malaysia. Apa yang mereka sedang lakukan di kawasan mereka?

Keenam, kita semua sedar ada sebahagian daripada cawangan dan bahagian UMNO tidak berfungsi langsung sejak 15 tahun ini. Kekalahan selama lebih 3 penggal bagi sesetangah kawasan, menunjukkan mereka tidak berupaya untuk mendapatkan mandat rakyat. Bukankah lebih baik sekiranya jika terdapat parti sekutu yang berupaya untuk berbuat sedemikian? Ataupun ketua-ketua Bahagian UMNO khuatir sekiranya mereka tidak dibenarkan bertanding (walaupun ahli sudah lari dari mereka) mereka tidak akan mendapat peruntukkan pilihanraya, yang akhirnya tidak digunakan semasa pilihanraya pun.

Ketujuh, bagi anak muda di Malaysia, mungkin mereka rasakan UMNO adalah parti yang terlalu tua (dari segi penubuhan dan juga perjuangan) untuk membela nasib mereka dalam menuju masa hadapan yang tidak tentu situasinya. Jadi seharusnya pemimpin muda UMNO harus melakukan sesuatu untuk menarik minat anak muda menyertai UMNO. Sekadar terlalak di dalam Facebook sahaja tidak akan mendatangkan apa-apa hasil.

Bukanlah saya suruh para pemuda dan puteri UMNO untuk memenuhkan ruang-ruang kosong di Tik Tok sepertimana yang telah dilakukan oleh Presiden UMNO pada ketika ini. Namun sekurang-kurangnya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai inisiatif untuk mendekati anak muda.

Kesimpulannya, jika ada ahli yang mahu di”curi” oleh parti lain, biarkan sahaja mereka di”curi”. Mungkin pada hemat mereka, parti lain lebih baik dari parti sedia ada. Kalau benar sayangkan ahli, jagalah mereka baik-baik. Jika tak mampu menjaga mereka, biarkan sahaja mereka pergi. Bak kata Khalil Gibran, “if you love somebody, let them go, for if they return, they were always yours. And if they don’t they never were” [Terjemahan santai: Jika anda sayangkan seseorang lepaskan mereka, jika mereka pulang kembali, mereka adalah milik anda, jika tidak, mereka selama ini bukanlah milik anda pun”.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Kampung Orang Asli Batu 6 Di Perak Dikenakan PKPD Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Kampung Orang Asli Batu 6, Jalan Pahang di Batang Padang, Perak akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai...

Lepas Tajuddin sah Covid-19, Presiden UMNO jalani ujian calitan

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang menjalani kuarantin selepas menjalani ujian calitan RT-PCR. Beliau melakukan ujian saringan itu selepas Ahli Parlimen...

KDN nafi Hamzah dirawat di ICU

KUALA LUMPUR- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyanggah khabar angin yang mendakwa Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat...