12 Ketua UMNO Bahagian Kelantan sokong Jazlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan drastik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mendapat sokongan 12 UMNO Bahagian negeri itu.

12 daripada 14 UMNO Bahagian Kelantan itu menghormati keputusan Ahmad Jazlan yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

“Kami juga berdiri teguh dibelakang beliau dalam apa jua keputusan dan arahan oleh beliau kepada kami bagi mempertahankan UMNO.

“Keputusan yang dibuat oleh beliau adalah satu keputusan yang berprisip dan tidak memetingkan diri demi mempertahankan maruah parti,” kata mereka dalam satu kenyataan media.

Katanya, pendirian yang dinyatakan oleh beliau amat jelas membuktikan bahawa ahli parti jangan takut kehilangan jawatan demi mempertahankan parti.

“Diharap agar pemimpin parti lebih berprinsip dalam memperjuangkan parti dan mempertahankan hak-hak UMNO.

“Tindakan ini juga sebagai peringatan kepada parti BERSATU supaya jangan memperkecilkan dan membuli UMNO seolah-olah parti ini tiada maruah.

Mereka adalah Ketua Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan merangkap Ketua Bahagian Kota Bharu
Tan Sri Mohd Fatmi Mohd Salleh, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan merangkap Ketua Bahagian Rantau Panjang, Akbar Salim, Bendahari Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan merangkap Ketua Bahagian Kuala Krai, Mohamed Zulkipli Omar, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Merangkap Ketua Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman, Ketua Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman.

Selain itu, Ketua Bahagian Tumpat, Datuk Zulkifli Abdullah, Ketua Bahagian Pasir Mas, Datuk Ab Ghani Harun, Ketua Bahagian Bachok, Mohd Zain Yasim, Pemangku Ketua Bahagian Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid, Pemangku Ketua Bahagian Kubang Kerian, Bakri Yusoff dan Timbalan Ketua Bahagian Machang, Wan Mohd Adnan Wan Aziz.

Dua UMNO Bahagian yang tidak menyokong cuma Ketereh dan Tanah Merah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat