Doa Untuk Kesihatan Bung Moktar, Keluarga Zahirkan Penghargaan

KOTA KINABALU, — Anak kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, iaitu Naim Moktar, menzahirkan penghargaan kepada para imam di kawasan Lamag atas usaha mereka mengadakan solat hajat dan memanjatkan doa bagi kesihatan ayahandanya.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Naim menzahirkan rasa terharu atas keprihatinan serta sokongan berterusan masyarakat setempat, khususnya para imam yang mengambil inisiatif menganjurkan solat hajat.

“Selaku wakil keluarga, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh imam di Lamag yang telah berusaha mengadakan solat hajat serta memohon doa kepada Allah SWT demi kesihatan ayahanda saya,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa doa dan perhatian yang diberikan menjadi sumber kekuatan besar buat keluarganya.

“Doa dan keprihatinan para imam amat kami hargai dan menjadi sumber kekuatan kami sekeluarga. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada tuan-tuan,” katanya lagi.

Setakat ini, keadaan kesihatan Bung Moktar tidak diperincikan, namun mesej penghargaan itu menunjukkan sokongan masyarakat memainkan peranan penting dalam menguatkan semangat keluarga beliau.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat