Doakan Bung, kita masih perlu bimbingan, kemesraannya – Jafry Ariffin

KOTA KINABALU — Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang kini berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu.

Bercakap kepada Suara TV, Jafry yang juga ADUN Sukau memaklumkan bahawa Bung Moktar kini sedang dirawat secara intensif berikutan masalah serius pada kedua-dua bahagian buah pinggang serta jangkitan pada paru-paru yang memerlukan pemantauan rapi.

“Ya, Datuk Seri Bung Moktar kini berada di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu dan sedang menerima rawatan ekoran masalah pada kedua-dua bahagian pinggang. Selain itu, paru-paru mengalami jangkitan, sekarang ditempatkan di ICU.

“Kita masih memerlukan pembimbingan, kemesraan, serta misi yang dibawa oleh beliau selama ini.

“Sekarang, itulah harapan kita agar Datuk Bung segera sembuh,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jafry berkata keadaan kesihatan pemimpin tersebut memerlukan sokongan moral dan doa daripada semua pihak.

“Saya benar-benar mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan Datuk Seri Bung Moktar dalam menghadapi detik-detik penuh pengharapan ini.

“Mari kita sama-sama berdoa agar beliau diberi kesembuhan secepatnya.

“Saya merayu kepada seluruh rakyat Malaysia untuk turut sama mendoakan kesembuhan Datuk Seri Bung Moktar,” katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada pihak hospital atas usaha merawat pemimpin kanan UMNO Sabah itu, sambil berharap agar segala urusan rawatan dipermudahkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat