YBR terima anugerah tertinggi CSR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menerima Anugerah Kategori Khas Champion CSR Award 2023 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2023.

Pengiktirafan itu diterima atas kemampanan inisiatif YBR meningkatkan sosioekonomi rakyat melalui pendidikan dan program kemasyarakatan yang dijalankan sepanjang tahun bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Pengerusinya, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, anugerah tersebut merupakan satu pencapaian dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sepanjang tahun dan diharap menjadi penanda aras untuk pihaknya terus membantu masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

“Pengiktirafan ini dapat meningkatkan komitmen untuk terus berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan dan secara tidak langsung mengukuhkan lagi kredibiliti YBR secara domestik.

“Kami akan sentiasa menggandakan usaha serta strategi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya sepanjang tahun 2022 YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.02 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan masyarakat.

Philip berkata, penghormatan yang diterima ini merupakan impak positif di atas penglibatan dan komitmen YBR yang cakna kepada mereka yang kurang bernasib baik serta menyuntik semangat untuk terus mengekalkan prestasi sedia ada.

YBR turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Hadir menerima penganugerahan ini, Datuk Philip Benedict Lasimbang selaku Pengerusi YBR di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam majlis ini Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat