Banyak bakti ditabur Chua Jui Meng kepada negara – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mendiang Datuk Chua Jui Meng sosok yang telah banyak menabur bakti kepada negara, khususnya selaku Menteri Kesihatan paling lama selama sembilan tahun dari 1995 hingga 2004.

“Takziah buat keluarga mendiang bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang baru meninggal dunia semalam.

“Mendiang Datuk Chua adalah sosok yang telah banyak menabur bakti kepada negara dan kemudiannya turut memainkan peranan penting sepanjang bersama PKR tatkala mengemudi pimpinan parti di Johor,” ucap Anwar.

Perdana Menteri menambah, segala jasa dan pengorbanannya pasti dikenang rakyat serta rakan-rakan yang sama turut sama berjuang untuk negara tercinta.

“Saya doakan urusan keluarganya dipermudah,” katanya.

Chua Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang, jam 4.04 petang Ahad.

Difahamkan, mendiang dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu berikutan mengalami serangan jantung.

Di bawah kepimpinan mendiang, buat pertama kali PKR berjaya memenangi kerusi di Parlimen Batu Pahat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu di Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat