Zahid TPM agar jawatan tidak dicabar, ikut hierarki parti – Ahmad Maslan

- Advertisement -

TIOMAN – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipilih mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan ini bertujuan demi kestabilan dan kedudukan orang nombor dua itu tidak dicabar.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan, meskipun pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) parti mencanang bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dilantik sebagai Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan pasca PRU15 namun perkara itu tidak berlaku memandangkan BN hanya menang 30 kerusi Parlimen.

“Kita mengikut hierarki parti, hierarki jawatan dalam parti itu memberikan kestabilan kepada parti Umno dan juga memberikan kestabilan kepada kerajaan yang ada.

“Jika kita memberikan (TPM) kepada orang lain selain daripada Presiden Umno, kestabilan itu agak tercabar,” katanya ketika ditemui media selepas Ceramah dan Penjelasan Kerajaan Perpaduan di Kampung Pianggu, malam tadi.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menyatakan, pemilihan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri memberi kestabilan terutama dalam parti Umno dan Kerajaan Perpaduan itu sendiri.

“Oleh itu, apabila kita ingin melihat kepada kestabilan maka ikut hierarki parti itu adalah satu perkara yang sesuai dibuat pada saat dan ketika ini,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Ahmad mengakui tidak semua berpuas hati dengan senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan.

“Tidak pernah ada satu Kabinet pun yang tak menerima kritikan dah berapa banyak kali kita melihat mana ada satu perkara yang 100 peratus sempurna, mesti ada pihak tak bersetuju di sana sini.

“Walau bagaimanapun secara keseluruhan pada pandangan saya Kabinet itu boleh berfungsi dengan baik kerana telah mengambil komposisi-komposisi yang sesuai wakil daripada BN-PH-GPS-GRS serta wakil parti kecil,” katanya.

Susulan itu, Ahmad berharap selepas ini akan ada lagi jawatan-jawatan timbalan menteri yang boleh diberikan kepada mana-mana parti yang merasakan diri mereka tidak diberikan tempat di peringkat menteri.

“Sebagai contoh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ada ada sebut sesuatu, iaitu BN Sabah rasa terpinggir dalam pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

“Tentunya BN akan diberikan sejumlah yang tertentu bagi mengisi jawatan timbalan menteri yang kita boleh kita ambil pandangan Bung Moktar itu,” ujar beliau lagi.

Ahmad juga mendedahkan bahawa sebenarnya BN meminta lebih daripada enam jawatan dalam Kabinet namun, tetap bersyukur dan berharap akan ada timbalan menteri yang akan dilantik di wakil daripada baki 30 ahli Parlimen BN yang menang.

“Kita menyedari bahawa kita hanya ada 30 kerusi dengan enam wakil itu pada pandangan kita walaupun kita minta lebih daripada enam, dapat enam pun Alhamdulillah dan kita menanti senarai timbalan menteri pula

“Saya tak pernah jadi menteri sebelum ini cuma timbalan menteri saja, apa pun kita serah kepada kebijaksanaan mereka sekali lagi,” kata Ahmad.

Sebelum itu, dalam ceramahnya, Ahmad berkata meskipun BN sekadar menang 30 kerusi Parlimen namun, menjadi parti yang sangat penting dalam pembentukan kerajaan.

“Kita hanya dapat 30 kerusi, sedikit tapi penting. Kalau kita tak masuk, maka tidak tertubuh Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini.

“Sebab itu juga Presiden Umno dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, walaupun kita cuma 30 orang sahaja ahli Parlimen. Sedikit tapi penting,” tegasnya. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat