Landasan kereta api Hatyai-Padang Besar dibom

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas satu bahagian landasan dibom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngek di Sadao, Thailand, hari ini.

Menurut laporan BH yang memetik sumber, kejadian dilaporkan kira-kira jam 2 petang ketika sebuah kereta api kargo dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar tergelincir selepas landasan yang dilalui dipercayai diletak bom yang kemudiannya meletup berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngae.

Letupan menyebabkan gerabak kereta api berkenaan terbabas dan melumpuhkan perkhidmatan kereta api dari sektor berkenaan ke Padang Besar.

Stesen Kereta Api Khlong Ngae, Sadao terletak 23.3 kilometer dari Stesen Kereta Api Padang Besar, Perlis di sempadan Malaysia-Thailand.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian berkenaan dan perkhidmatan kereta api SRT dihentikan buat sementara waktu.

Sementara itu, menurut Bangkok Post, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dalam laporan sama, pihak berkuasa percaya, bom buatan sendiri itu ditanam dan menyasarkan kereta api berkenaan.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat