RM600 bilion bersamaan dua tahun Bajet Persekutuan, Isham setuju tubuh RCI

- Advertisement -

TIOMAN – Tan Sri Muhyiddin Yassin wajib tampil memperjelas perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika tempoh darurat kerana ia membabitkan jumlah sangat besar bahkan bersamaan dua tahun Bajet Persekutuan.

Gesaan itu disuarakan Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil memandangkan laporan polis telah dibuat berhubung perbelanjaan kecemasan sewaktu negara ditadbir Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

“Kelmarin ada laporan polis telah dibuat mengenai RM600 bilion itu dan saya rasa perkara ini perlu didesaklah penjelasannya sebab RM600 bilion ni satu jumlah yang besar.

“Bajet Persekutuan pun RM300 bilion jadi bersamaan dua tahun bajet Persekutuan,” tegas Isham ketika ditemui media selepas Ceramah dan Penjelasan Kerajaan Perpaduan di Kampung Pianggu, malam tadi.

Bahkan beliau membidas bahawa sebelum ini belanja besar itu tidak boleh dipersoalkan di Parlimen memandangkan perisytiharan darurat.

“Sebelum ini bila kita nak tanya pasal benda ini, semasa PKP itu tak boleh (sebab) Parlimen ditutup dan dia buat darurat, Tan Sri Muhyiddin dia buat darurat.

“Jadi kali ini kita nak tanyalah mana dana ini pergi terutama bila kita nampak time PRU15 itu hari perbelanjaan Perikatan Nasional untuk pilihan raya mewah betul, kita nak tahu juga mana dia dapat duit,” soal Isham lagi.

Sebelum ini, Pengarah Biro Mobilisasi Amanah, Sany Hamzan menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran Muhyiddin.

Katanya, siasatan itu perlu kerana ia menggunakan wang rakyat dan wajar diketahui ke mana wang sejumlah besar itu dibelanjakan.

Terdahulu, Sany telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 30 November lalu.- Suara.TV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat