Penduduk Pulau Tioman Cuma Perlu Bayar RM20 Tiket Feri, Penjimatan RM40 – Wan Rosdy

- Advertisement -

TIOMAN – Penduduk di Pulau Tioman akan mendapat pengurangan harga tiket feri dari Terminal Jeti Teluk Gading (Tanjung Gemok) ke Pulau Tioman dari RM60 kepada RM20 untuk perjalanan sehala.

Berita baik itu diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Penduduk tempatan di Pulau Tioman akan hanya perlu membayar RM20 tiket feri sehala dari pulau ke tanah besar.

“Tetapi bagi penumpang lain harga masih kekal RM60 untuk perjalanan sehala,” katanya pada sidang media di Kampung Jawa pada Ahad.

Wan Rosdy menyatakan bahawa hasil perbincangan beliau dengan pegawai kerajaan negeri mendapati implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan ialah RM500,000 sahaja.

“Demi kesenangan penduduk di Pulau Tioman untuk ulang alik ke tanah besar, kerajaan negeri mengurangkan kadar tambang feri ini.

“Maknanya kalau perjalanan pergi balik, mereka hanya perlu membayar RM40 sahaja,” katanya.

Pengurangan kadar tambang feri ini akan berkuatkuasa 1 Januari 2023.

Tambah beliau lagi, dalam lawatannya ke Pulau Tioman semalam juga telah diluluskan permohonan klinik dan wad bersalin termasuk juga doktor pakar dan doktor gigi disediakan untuk kemudahan penduduk di pulau supaya tidak perlu lagi ke tanah besar untuk rawatan kesihatan.

“Penyediaan prasarana kesihatan ini akan memberi manfaat kepada 3,600 penduduk di Pulau Tioman,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada Kerajaan Negeri Pahang akan menaik taraf serta menghidupkan semula lapangan terbang di Tioman, Wan Rosdy memberitahu fokusnya kini bertumpu kepada pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan.

Dalam ucapan awalnya, Menteri Besar Pahang itu menyeru pengundi di DUN Tioman untuk terus memilih Barisan Nasional (BN) agar bantuan dan manfaat yang disalurkan Persekutuan dan negeri mudah disampaikan kepada rakyat.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat