Guna Lambang PN Tak Bermaksud PAS Lawan UMNO – Idris Ahmad

- Advertisement -

BUKIT GANTANG – Keputusan Pas menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak akan menjejaskan hubungan parti itu dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, penggunaan lambang PN pada PRN Melaka bukan membawa maksud Pas melawan UMNO.

“Ini kerana Pas masih dalam kontak perpaduan ummah iaitu di antara Pas, UMNO dan Bersatu dan kita masih lagi dalam konsep menghadapi musuh yang sama iaitu Pakatan Harapan (PH) pada PRN Melaka pada 20 November ini.

“Jadi, tuduhan Pas seolah-olah cuba menentang UMNO pada PRN Melaka merupakan persepsi yang tidak betul,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir kepada 127 penerima di Dewan Sungai Kerang dekat sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong, Jamilah Zakaria.

Mengenai pertembungan calon UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRN Melaka, Idris enggan mengulas.

“Soal itu kita menanti keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan Pas Pusat,” katanya.

Sementara itu, mengenai jawatannya sebagai Naib Presiden dalam Muktamar parti itu Sabtu ini, Idris yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan ahli dalam membuat pemilihan.

Menurutnya, ahli akan menentukan sama ada beliau kekal dengan jawatannya sekarang atau calon lain.

“Sayà tidak pernah melobi bagi mendapat sebarang jawatan dalam parti termasuk pada pemilihan jawatan Naib Presiden Pas yang akan berlangsung minggu ini.

“Dalam Pas, siapa yang dipilih dan dilantik untuk memegang sesuatu jawatan, itu menandakan dia akan menggandakan bebanan yang bakal digalas di bahunya,” katanya.

Menurut Idris, Pas berbeza daripada parti yang lain kerana jawatan dalam parti bukan untuk meraih kesenangan.

“Jawatan merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada diri seseorang.

“Pas mungkin berbeza dengan ahli parti yang lain, setiap ahli Pas akan taat dan patuh dengan keputusan yang dibuat di peringkat Pusat tanpa membantah,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat