Roh wakil Malaysia ke Oscar

Lebih Molek Jika Muhyiddin Dan Bersatu Kembali Ke Pangkuan UMNO – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Demi mengelakkan penyatuan ummah menjadi retorik, Ketua Pemuda UMNO Datuk Asraf Wajdi Dusuki menyarankan agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti...

Tolak kempen “Sawit Anugerah Tuhan” adalah Islamofobia

KUALA LUMPUR – Bantahan penukaran kempen “Sayangi Sawitku” kepada “Sawit Anugerah Tuhan” didakwa mencetuskan bibit-bibit Islamofobia dalam negara sendiri. Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh...

Majlis Presiden PN Akan Ditubuhkan- Hamzah Zainudin

CYBERJAYA: Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk mencadangkan penubuhan Majlis Presiden yang mana akan dianggotai oleh semua ketua-ketua parti Kerajaan PN. Setiausaha Agung PN, Dato' Seri...

Lima sektor ekonomi bantu pertumbuhan negara dibangkit Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Sektor ekonomi yang membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19, antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat,...

BNM sedia kemudahan TRRF dan MEF untuk bantu PKS

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberikan maklumat lanjut tentang pelaksanaan dua dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19...

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan filem terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd berjudul Roh dipilih mewakili Malaysia bagi penilaian Anugerah Akademi Ke-93 untuk kategori Anugerah Filem Cereka Antarabangsa.

FINAS dalam kenyataan menyebut, keputusan dibuat Jawatankuasa Pemilihan Filem FINAS yang merangkumi penggiat industri filem tempatan profesional dan berpengalaman

 

Filem Roh diilhamkan daripada filem klasik Jepun berjudul Onibaba. Foto Ihsan Kuman Pictures Sdn Bhd
Filem Roh diilhamkan daripada filem klasik Jepun berjudul Onibaba. Foto Ihsan Kuman Pictures Sdn Bhd

 

“Pemilihan melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan muzik, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem serta pematuhan peraturan pertandingan ditetapkan penganjur,” kata kenyataan itu.

Anugerah Akademi atau Oscar ke-93 akan dianjurkan April depan.

Kenyataan FINAS menyebut, sejak 2004, FINAS mencalonkan sebuah filem tempatan untuk bertanding pada Anugerah Akademi bagi kategori sama kerana setiap negara diminta menghantar pencalonan.

“Filem Roh meneruskan kesinambungan ini bagi edisi Oscar ke-93.

“FINAS sudah membuka penyertaan dan menghebahkan kepada penggiat industri perfileman tempatan bagi menghantar penyertaan untuk dipertimbangkan bagi mewakili Malaysia.

“FINAS menerima penyertaan yang amat memberangsangkan daripada penggiat industri filem tempatan,” katanya.

Kenyataan itu menambah, FINAS sentiasa komited dalam menyokong segala usaha ke arah memacu industri perfileman Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, filem Roh lakonan Namron, Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq dan June Lojong menyertai pelbagai festival filem antarabangsa termasuk yang terbaru, TOHorror Fantastic Film Festival di Itali.

Roh turut menyertai acara lain seperti Festival Filem Antarabangsa Singapura; Festival Filem Jogja-NETPAC Asia; Festival Filem Udine Far East dan Festival Filem New York Asia.

Filem Roh diilhamkan daripada filem klasik Jepun berjudul Onibaba.

Filem ini berlatarbelakangkan kisah zaman dahulu di pinggir sebuah hutan.

Cerita berkisar keluarga daif merangkumi Mak lakonan Farah; Along (Mhia) dan Angah (Harith) didatangi kanak-kanak perempuan yang dianggap bukan sebarang budak iaitu Adik (Putri Qaseh).

Adik memberi ramalan bahawa apabila bulan mengambang, seluruh ahli keluarga akan mati.

Seorang dukun yang menggelarkan dirinya Tok (June) menjangka malapetaka akan tiba. Datang pula lelaki misteri, Pemburu (Namron) yang bukan sahaja mencari anaknya yang hilang, namun, ada tujuan lain.

Berita harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Dulu Sesak Dan Meriah, Koh Samui Kini Ibarat ‘Ghost Town’ Tanpa Kehadiran Pelancong

Boleh dikatakan semua destinasi pelancong di seluruh dunia sesak dengan kehadiran pelancong. Kini, segalanya berubah selepas penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Sunyi sepi tanpa...

Vivo Malaysia Lancarkan Siri V20 Memfokuskan Kamera Swafoto 44-Megapixel ‘Eye Autofocus’

Siri V daripada merupakan sebuah siri yang memfokuskan kepada kreativiti serta kemampuan kamera. Siri ini menjadi pilihan khusus buat mereka yang mahukan yang terbaik...

Dah penat tanya Ziana…

KUALA LUMPUR: Dari tahun ke tahun, persoalan mengenai single terbaharu penyanyi Ziana Zain sering tergantung tanpa jawapan pasti. Empunya diri pun sukar menjawab persoalan berkenaan....