Perang video TikTok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar berperang dengan undian artis kesayangan, malah kelab peminat juga berlumba-lumba mahu diangkat sebagai Anugerah FC #FANtastik Popular.

Apabila menang, artis kesayangan juga mendapat nama. Namun, tanpa sokongan artis yang menjadi tonggak kelab peminat, segala-galanya tak mungkin berjaya.

Buat julung kali, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-33 dalam norma baharu menjalinkan kerjasama dengan aplikasi TikTok dengan memperkenalkan kategori khas bagi menghargai kelab peminat.

Sebanyak 24 kelab peminat atau FC yang sebahagian besarnya mewakili artis bertanding dalam pelbagai kategori pada ABPBH 33 serta aktif menjayakan kempen ABPBH sejak beberapa tahun lalu, mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

Menerusi kategori khas itu, kelab peminat atau secara individu yang meminati artis tertentu perlu memuat naik video yang kreatif.

Bagi memeriahkan penganjuran ABPBH 33, peminat dan kelab peminat boleh berkongsi video TikTok paling kreatif menggunakan lagu Xiaomi, ‘Xiaomi For Me’ yang dinyanyikan oleh artis Yonnyboii dan Shalma Eliana bersama gaya tarian yang ditetapkan dengan hashtag #ABPBHKITA2020.

Antara kelab peminat yang bertanding termasuklah Adamleenizers, Alifsatarofficialfc, Arasquadrasmi, CMsecretfans, DJLinfollowers, Emanizers_thenizers, Wlfs4eva, Fattastic_squad, Feekryers, Fl88rwers, Intanadmirers, Officially_izzuezerss, Janna_nicker, 302family, Khaibaharempire, Awarians_official, Radinrangers, Sherryliciousfc, Sitinordianafc, Teamsgs, Sweetqisminizers, Wanyhasnizers, Ztf_official dan Sitizoner.

Video paling kreatif meraih undian tertinggi akan dinobatkan Anugerah FC #FANtastik Popular, selain berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik daripada penaja, Xiaomi.

 

Adam Lee turut menyertai kategori khas aplikasi TikTok untuk menyokong kelab peminatnya, The Nizers.
Adam Lee turut menyertai kategori khas aplikasi TikTok untuk menyokong kelab peminatnya, The Nizers.

 

Haqiem Rusli yang teguh disokong Qiemilio tidak lokek berkongsi hebahan dan melobi undian, selain menyokong kelab peminat menyertai Anugerah FC #FANtastik Popular.

“Selain undian, saya menyokong usaha kelab peminat membuat video kreatif untuk pertandingan ini. Ia bagi memeriahkan ABPBH 33 yang berlangsung dalam norma baharu.

“Saya pasti memuat naik semula dalam laman Instagram (IG) apa aktiviti termasuk ABPBH yang dihantar kelab peminat. Bagi saya, inilah kemanisan bertanding dan disokong kelab peminat,” katanya yang membolosi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia dan Lagu Paling Boom Popular menerusi lagu Lembah Kesepian.

Sementara itu, Khai Bahar bersetuju dengan pandangan Haqiem dalam soal menghargai peminat.

Khai yang berentap menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular pula utuh disokong Khai Bahar Empire.

“Peminat tak pernah jemu dan terus gigih mengundi saya menerusi ABPBH, setiap tahun. Saya selalu letak dalam diri, sangat bertuah menjadi insan yang disayangi peminat.

“Buatlah apa sahaja, mereka begitu bersemangat menunjukkan sokongan. Seperti kategori khas TikTok ini, mereka selalu berkongsi video semata-mata mahu berentap secara sihat dengan kelab peminat lain.

“Saya lihat semangat berlumba-lumba cukup positif. Bagaimanapun, biasalah adat pertandingan akan ada satu pemenang sahaja. Soal menang atau kalah tolak ketepi, apa yang lebih utama, terus menyokong ABPBH dan aktiviti yang dilakukan setiap tahun,” katanya kepada BH Online.

 

Sweet Qismina memuat naik video kreatif untuk menyokong kelab peminatnya, The Nizers.
Sweet Qismina memuat naik video kreatif untuk menyokong kelab peminatnya, The Nizers.

 

Sementara itu, sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila peminat dan kelab peminat berlumba-lumba menghasilkan video kreatif. Menerusi akaun IG rasmi ABPBH 33 @abpbh33, ada kelab peminat terpaksa berputih mata apabila penyertaan dihadkan.

Menerusi video yang diterima, kreativiti peminat dan kelab peminat begitu terserlah. Malah, ada yang sanggup mencari lokasi tertentu dan props sebagai latar video.

Tarikh penyertaan dan undian masih boleh dilakukan menerusi laman aplikasi TikTok sehingga 8 November ini.

Pada masa yang sama, undian bagi kategori utama dan online masih berjalan. Mempertandingkan 13 kategori utama dan lima kategori online, pemilihan artis popular masih lagi dibuka sehingga 8 November ini menerusi laman www.web abpbh.com.my.

Sejarah bakal tercipta buat ABPBH 33 apabila menjadi anugerah berprestij pertama di Malaysia yang akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi TikTok pada Jumaat, 13 November ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan informasi terkini ABPBH 33, boleh ikuti laman sosial Facebook dan Instagram BH.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat