Lima Rentung Rumah Terbakar

- Advertisement -

KLANG: Empat lelaki dan seorang wanita rentung dalam satu kebakaran membabitkan lima rumah di Lorong Mokhtar, Kampung Delek Kanan, di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata bomba menerima panggilan pada jam 3.56 pagi, segera bergegas ke lokasi untuk melakukan kerja pemadaman.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat satu mangsa lelaki di rumah pertama, warganegara Kemboja manakala empat sekeluarga di rumah kedua terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan (suami), seorang wanita (isteri warganegara Kemboja), seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.20 pagi, kerja-kerja pemadaman masih dijalankan oleh bomba.

“Rumah jenis berderet setingkat (bangunan B) berkeluasan 100 x 20 kaki persegi itu musnah 90 peratus,” katanya yang berada di lokasi kejadian – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat