KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera insiden kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.
Dalam tulisan beliau di Facebook hari ini, Anwar mahu siasatan menyeluruh dan telus untuk mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku.
“Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang,” kata Anwar.
Menurut beliau, keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab bersama.
“Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan kesejahteraan sentiasa diperlihara.
Kes kematian berkenaan kini diklasifikasikan dan siasat sebagai kes bunuh.
Mangsa, yang dikenali sebagai Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, merupakan seorang pelajar Tingkatan Empat.
Sebelum kejadian, mangsa hadir ke sekolah pada sebelah petang untuk menghadiri kelas bimbingan atau tuisyen.



