MOTAC langgar pekeliling kerajaan, hidang arak dalam majlis rasmi – Firdaus Wong

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tindakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) apabila didakwa menghidangkan arak dalam majlis rasmi anjuran Tourism Malaysia baru-baru ini, sekali gus bertentangan dengan peraturan kerajaan sendiri.

Firdaus merujuk kepada Global Travel Meet 2025 Gala Dinner yang berlangsung minggu ini, apabila beberapa tetamu kenamaan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nicole Tan Lee Koon dan bekas Exco Selangor Ng Suee Lim memuat naik gambar sambil memegang gelas arak di media sosial masing-masing.

“Apa yang Menteri Pelancongan merangkap Ahli Parlimen yang mengubal undang-undang ingin ajarkan kepada rakyat tentang kedaulatan undang-undang andai Peraturan Mengenai Keraian Rasmi dari Kerajaan Malaysia sendiri tidak dipatuhi?” soalnya menerusi hantaran di Facebook.

Firdaus menegaskan, pekeliling rasmi kerajaan jelas menyatakan bahawa ‘hidangan minuman keras adalah tidak dibenarkan’ dalam mana-mana keraian rasmi yang menggunakan peruntukan kerajaan. Perkara itu termaktub di bawah Peraturan Mengenai Keraian Rasmi WP5.1 yang turut menekankan prinsip pengurusan perbelanjaan berhemah.

“Memang suka hati dia sebagai belum Muslim untuk mabuk, tetapi bak kata PMX, Malaysia merupakan sebuah negara hukum dengan tatakelola baik.

“Jikalau tiada tindakan terhadap Menteri Pelancongan, kerajaan menghantar isyarat yang salah kepada rakyat. Kalau Menteri langgar peraturan tidak dihukum, kenapa penjawat awam dan rakyat biasa yang langgar peraturan pula dihukum?” tegas beliau lagi.

Firdaus turut menegaskan bahawa isu ini bukan berkait hak individu untuk minum arak, sebaliknya persoalan sama ada wajar atau tidak ia dihidangkan dalam program rasmi kementerian yang menggunakan dana kerajaan.

Setakat ini, pihak MOTAC belum memberikan sebarang penjelasan rasmi berhubung dakwaan tersebut.- SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat