Jangan beri sewa premis perniagaan kepada warga asing – Aminuddin

- Advertisement -

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menyifatkan warga tempatan yang membenarkan warga asing menyewa premis perniagaan bagaikan menggadai maruah negara sendiri.

Menurutnya, warga tempatan tidak seharusnya lalai dengan sogokan wang ringgit.

“Kita nak tengok siapa sebenarnya di sebalik warga asing ini. Jangankan disebabkan RM100, RM200, RM1,000, kita lalai dan menggadaikan maruah kita. Ini tidak seharusnya berlaku,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Tambah Aminuddin, satu jawatankuasa akan ditubuhkan dalam usaha mengatasi masalah kewujudan peniaga warga asing khususnya di sekitar Seremban dan Nilai.

Katanya, jawatankuasa itu bakal dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim melibatkan pihak berkuasa serta agensi yang bersesuaian.

“Kita dapat tahu ada peniaga warga asing yang menyebut nama persatuan negara asal mereka dan ini perlu diberikan perhatian yang serius bagi memastikan mereka dapat mengikut peraturan dan undang-undang di negara ini.

“Warga asing ini mohon masuk ke negara ini dengan permit kerja pertanian tetapi mereka di kedai runcit (bekerja) pula. Kita harap isu ini dapat dikawal,” ujarnya.- Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat