Jumlah kerugian akibat jenayah dalam talian hampir RM2 bilion – JSJK

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jumlah kerugian jenayah dalam talian terus mencatat peningkatan dengan keseluruhan hampir RM2 bilion direkod bagi tempoh 2021 hingga September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kira-kira 60,000 kes jenayah itu pula dilapor di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

“Namun, jumlah kerugian dicatatkan menunjukkan peningkatan ketara dari RM560.9 juta pada 2021 kepada RM687.6 juta pada tahun lalu.

“Malah bagi tempoh Januari hingga September lalu, jumlah kerugian yang dicatatkan membabitkan kes jenayah dalam talian sudah mencecah RM687.7 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sempena persidangan 13th International Conference On Financial Crime And Terrorism Financing (IFCTF) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Menurutnya, penubuhan National Scam Response Center (NSRC) adalah salah satu langkah untuk membanteras kegiatan jenayah dalam talian.

“Penubuhan NSRC adalah melalui kerjasama antara Pusat Pencegahan Anti-Jenayah Kewangan Nasional, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM),” katanya.

Beliau turut menekankan supaya semua agensi dan pihak berkepentingan dapat memainkan peranan optimum bagi mengawal serta membanteras jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan.

“Perkembangan teknologi dipacu kemajuan internet dan kecerdasan buatan (AI) adalah satu fenomena yang sudah menjadi sebahagian cara hidup masa kini.

“Pelbagai industri termasuk perbankan sudah beradaptasi dengan kemajuan ini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

“Namun, langkah berwaspada harus sentiasa diambil bagi menangani impak negatif yang mungkin berlaku,” katanya.

Untuk rekod, IFCTF 2023 adalah persidangan anjuran Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Compliance Officer’s Networking Group (CONG).

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 Oktober lalu hingga hari ini menghimpunkan profesional bidang keselamatan, perbankan dan penyiasatan dari seluruh dunia. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat