Umno akan anjur himpunan raksasa MN 2.0 jika PAS setuju putus dengan Bersatu, PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perhimpunan raksasa Muafakat Nasional (MN) 2.0 akan dianjurkan sekiranya PAS setuju dengan tiga syarat ditetapkan Umno.

Memetik sumber, tiga syarat ditetapkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ialah PAS keluar Perikatan Nasional (PN), putuskan hubungan dengan Bersatu dan isytihar secara rasmi bahawa PAS sudah mufarakah dengan PN dan Bersatu.

“Perhimpunan raksasa Muafakat Nasional 2.0 akan diadakan di PWTC sekiranya PAS mengikuti tiga syarat yang ditetapkan oleh Presiden sebelum Perdana Menteri umum tarikh pilihan raya.

“Syarat pertama, PAS mesti keluar PN; putuskan hubungan dengan Bersatu, isytihar putus rasmi dengan PN dan Bersatu,” kata sumber itu.

Sumber itu juga menambah, Presiden Umno menitipkan pesan agar tiada pertelingkahan dalam parti dan semua tenaga ‘kemarahan’ kepada pembangkang dalam pertarungan PRU15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat