Muhyiddin gesa semua Jemaah Menteri PN bantah PRU musim banjir di Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua Jemaah Menteri dari PN untuk bertegas dalam mesyuarat Kabinet agar kerajaan tidak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika musim banjir.

Muhyiddin menegaskn bahawa kerajaan mesti memberi fokus kepada persiapan menghadapi musim banjir di samping terus memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan proses pemulihan negara pasca-pandemik.

“Anggota Jemaah Menteri dari parti PN telah diminta untuk mempertegaskan pendirian ini di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Semua Ahli Parlimen PN juga diminta mengambil pendirian yang sama,” seru Muhyiddin.

Presiden Bersatu itu menegaskan PN berpendirian bahawa PRU15 tidak wajar diadakan pada tahun ini memandangkan Monsun Timur Laut akan bermula tidak lama lagi dengan banjir dijangka melanda negara terutamanya di negeri-negeri pantai timur.

“Mengadakan pilihan raya semasa musim banjir tentunya akan menjejaskan perjalanan pilihan raya di samping menyusahkan rakyat.

“Kerajaan mesti memberi fokus kepada persiapan menghadapi musim banjir di samping terus memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan proses pemulihan negara pasca-pandemik,” katanya.

Jelas beliau, rakyat sedang terbeban dengan masalah inflasi, kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit di samping proses pemulihan negara yang masih perlahan.

“Penyelesaian kepada permasalahan ini mesti diberikan tumpuan sepenuhnya oleh kerajaan terutamanya menerusi Bajet 2023,” katanya.

Anggota Jemaah Menteri dari Parti Perikatan Nasional telah diminta untuk mempertegaskan pendirian ini di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat