Tinggalkan Bersatu dan PN, hanya itu syarat Umno kepada PAS – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno memberi kata dua kepada PAS supaya memutuskan semua hubungan dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) sekiranya berhasrat mahu bersama Umno menjayakan Muafakat Nasional (MN).

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan dalam pertemuan empat mata dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mereka telah menyentuh perkara dasar membabitkan kedua-dua parti.

“Jika PAS mahu bersama kita (Umno) mereka mesti penuhi syarat yang kita tentukan (putus denganBersatu dan PN).

“Sekiranya PAS gagal ikut syarat-syarat yang kita tetapkan maka Umno akan gerak solo,” tegas Zahid pada sidang media selepas pertemuan khas Presiden Umno, Perdana Menteri dan empat peringkat sayap Umno di Dewan Tun Hussein Onn pada Selasa.

Ditanya adakah Umno menetapkan ‘dateline’ kepada PAS, Zahid hanya menyatakan secepat mungkin.

“Mereka tahu dateline itu, as early as possible,” katanya.

Pun begitu Zahid menyatakan, ketegasan Umno untuk bergerak solo bukan bermaksud Umno ‘over confident’.

“Tetapi kami yakin untuk hadapi pilihan raya dengan kaedah tersendiri.

“Tetapi jika PAS mahu bersama-sama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) mereka bebas menggunakan lambang parti mereka.

“Kita boleh bertoleransi untuk menjalin kebersamaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” ujar Zahid.

Zahid hanya menuntut PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu dan PN demi menjayakan MN.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi BN itu juga memberitahu bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyokong semua calon BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat