Zahid Yakin PRU15 Sebelum Banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) akan diadakan sebelum musim banjir.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keyakinan itu hasil laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

“Pada 30 September apabila Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah membuat keputusan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini.

“Kami telah meneliti laporan daripada Ketua Pengarah METMalaysia dan mendapati Insyaallah pilihan raya akan dibuat sebelum banjir,” katanya pada sidang media selepas pertemuan khas Presiden Umno dan Perdana Menteri bersama empat sayap kepimpinan Umno di Dewan Tun Hussein Onn pada Selasa.

Mutakhir ini ramai pimpinan pembangkang menentang keputusan Umno untuk mengadakan pilihan raya pada tahun ini memandangkan peralihan Monsun Timur Laut (MTL) dijangka akan melanda pada akhir Oktober dan berakhir Mac 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat