PM ceria hadir perjumpaan khas bersama sayap Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelihatan ceria ketika hadir ke Dewan Tun Hussein Onn bagi menghadiri perjumpaan khas bersama semua Ketua Umno Bahagian termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno sempat menyapa hadirin dan petugas media yang menunggu di lobi Dewan Tun Hussein Onn.

Hari ini berlangsungnya perjumpaan khas bersama Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri.

Semua Ketua Bahagian Umno termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri dijemput menghadiri perjumpaan khas bersama Zahid dan Ismail Sabri pada Selasa, jam 2 petang.

Pertemuan khas ini dijangka berkenaan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijadual akan berlaku dalam tempoh terdekat ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat