Keputusan bubar Parlimen tiada kaitan parti politik

- Advertisement -

SHAH ALAM: Keputusan untuk pembubaran Parlimen tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah, beliau berkata, tiada parti yang boleh mempengaruhi keputusannya untuk lakukan pembubaran Parlimen.

Ini kerana, menurut Ismail kuasa mencadangkan pembubaran merupakan kuasa Perdana Menteri dan seterusnya ia akan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Keputusaan untuk pembubaran ini tak ada kena mengena dengan parti-parti politik yang lain.

“Dulu (bila) PM umum, (maka) bubarlah parlimen. Mana ada parti-parti politik lain beri pandangan, campur tangan dari segi pembubaran.

“Dengan parti sendiri pun tak ada, dulu,” katanya menurut laporan Malaysiakini.

Beliau berkata demikian selepas program di UiTM, di sini hari ini.

Ismail bagaimanapun berkata dia akan melihat semua pandangan sebelum mencadangkan pembubaran kepada Seri Paduka Baginda.

Naib Presiden UMNO itu juga masih belum memberikan gambaran jelas bila pilihan raya umum akan diadakan walaupun muncul spekulasi terbaru Parlimen akan dibubarkan Khamis atau Jumaat ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat