Selepas 48 jam, Instagram Park Hae Soo dapat 816,000 ‘followers’

- Advertisement -

Seoul: Pelakon siri popular Squid Game, Park Hae Soo kini memiliki lebih 816,000 pengikut dalam tempoh 48 jam dia membuka akaun Instagram.

Kejayaan Hae Soo dalam siri popular di Netflix itu berjaya mengumpul peminat secara mendadak di platform media sosial itu.

Hae Soo yang juga peserta bernombor 218 dalam Squid Game antara pelakon senior yang mengikut jejak langkah rakannya, Lee Jung Jae (peserta nombor 456) apabila mula berjinak-jinak di laman sosial berkenaan.

“Saya juga turut serta! Ini adalah Park Hae Soo,” tulisnya dalam hantaran pertamanya di media sosial itu.

Sehingga kini, Hae Soo sudah memuat naik tiga hantaran gambar dan baru mengikuti satu akaun iaitu agensi naungannya, BH Entertainment.

Sebelum ini, Hae Soo terkenal dengan penampilannya dalam drama Prison Playbook. Kini dia meraih populariti global selepas membawa watak Cho Sang Woo atau peserta nombor 218 dalam siri yang mencetuskan fenomena itu.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat