Belanjawan 2022 Akan Tangani Isu Fiskal Negara – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua isu fiscal negara akan ditangani pada Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat pertama kali Belanjawan tampil dengan Kenyataan Pra Belajawan yang memberi penekanan kepada cadangan dalam bajet berkenaan.

“Kerajaan akan terus berpegang pada prinsip ‘pastikan semua tidak ketinggalan’ untuk Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya dan dapat memanfaatkan rakyat.

“Dalam pada itu, Bajet 2022 yang akan dibentangkan tidak lama lagi oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mengetengahkan segera isu fiskal untuk diselesaikan segera.

“Dan buat pertama kali tahun ini, Kenyataan Pra Bajet juga dibentangkan untuk memberi penekanan kepada cadangan dalam bajet berkenaan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Forum Khazanah Megatrends 2021 “The Invention of Tomorrow: Crafting Our New Collective Narrative” secara maya hari ini.

Menurutnya lima Kertas Perundingan Awam Belanjawan 2022 berkaitan pelbagai masalah pembaharuan struktur akan diedarkan.

Dalam ucapan yang sama, Ismail Sabri turut menekankan pelaksanaan kerajaan berkenaan polisi yang lebih baik dalam peralihan daripada fasa pandemik COVID-19 ke dalam fasa endemic yang bakal dilalui tidak lama lagi.

“Kita kini enggan membenarkan virus itu mendominasi dan mengganggu kehidupan serta masyarakat.

“Untuk meneruskan perkara ini, kita perlu terima kenyataan bahawa kita tidak lagi boleh kembali kepada kehidupan normal sebelum ini. Sebaliknya, kita perlu bersedia untuk hidup dalam keadaan endemik.

“Kerajaan akan menguatkuasakan polisi yang menerapkan tabiat dan perilaku yang sepatutnya dalam senario ini. Malaysia akan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas.

“Orang ramai perlu menjalankan tanggungjawab itu. Dan sebagai pulangan, kita akan menikmati kebebasan sosial dan ekonomi selaras dengan strategi yang lebih jelas oleh kerajaan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat