Perdana Menteri Main Golf

- Advertisement -

Sehebat mana pun manusia dia tetap memerlukan hiburan dan hobi yang boleh mengurangkan tekanan dan menaikkan semangat untuk bekerja.

Ada orang hiburannya lagu, ada orang hiburannya baca facebook, ada orang hiburannya membaca, ada orang hiburannya main golf.

Saya ada beberapa perkara perlu buat untuk mengurangkan tekanan antaranya bermain bola sepak, merayau-rayau dan menonton televisyen.

Jika saya tidak meluangkan masa membuat perkara-perkara ini otak saya tidak akan berfungsi dengan baik. Badan jadi lesu, idea-idea tidak dapat digarap dengan baik dan kadang-kadang rasa tiada semangat untuk bekerja.

Bagi Perdana Menteri pula, cara beliau mengurangkan tekanan ialah dengan main golf. Apakah negara akan terhenti apabila beliau meluangkan masa sehari bermain golf?

Tentulah tidak. Jika hari-hari beliau main golf barulah ia satu masalah.

Majoriti orang yang rasional akan setuju walau ada pandemik Covid-19, kita perlu meneruskan hidup seperti sebelum ini dengan norma baharu. Kita tidak boleh berkurung dan bermurung hanya kerana ada Covid-19 ini.

Justeru kita kena berlaku adil bila mengkritik. Perdana Menteri juga manusia yang memerlukan masa riadah dan bersosialisasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat