Saya Ikhlas Bantu Rakyat – Ketua Menteri Sarawak

Macron Sasar Golongan Radikal, Bukan Umat Islam – Kedutaan Perancis

KUALA LUMPUR: Kedutaan Perancis di Malaysia menjelaskan bahawa Presiden Perancis, Emmanuel Macron tidak menyasarkan masyarakat Islam di negara itu, sebaliknya menentang ideologi Islamisme radikal...

‘Hukuman PBNP Melucukan’ – Sumareh

Kuala Lumpur: "Ini perkara yang melucukan. Itu reaksi Pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh selepas mendapat perkhabaran bahawa bekas majikannya, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang...

Takkan Tak Faham?

Johor Bahru: "Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia (BM)," tegur hakim selepas penganggur yang dituduh merogol anak tiri berdiam diri sehingga...

Thailand Terima Kemasukan Pelancong Kapal Persiaran, Kapal Layar

BANGKOK: Kabinet Thailand pada Rabu meluluskan kemasukan penumpang kapal persiaran dan kapal layar luar memasuki negara itu, dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan yang...

Ahmad Faizal Tak Percaya UMNO Perak Berkomplot Dengan Pembangkang

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu enggan mempercayai dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO Perak berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu...

KAPIT – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini berkata perjuangan politiknya adalah bagi membantu rakyat dan beliau ikhlas melakukan perkara itu.

Abang Johari berkata menurut ajaran agama Islam, dengan membantu rakyat, beliau akan mendapat ‘pahala’ yang bakal menolongnya selepas meninggal dunia.

Beliau berjaya mengharungi sepak-terajang dunia politik selama 40 tahun disebabkan sokongan rakyat meskipun pernah menolak untuk terus berkecimpung dalam politik.

“Apabila Tun Rahman meminta saya mengambil alih (kerusi Dewan Undangan Negeri Satok) daripada (Tan Sri) Abang Abu Bakar Abang Mustapha, saya telah menolak.

“Bagaimanapun, beliau menghubungi ibu saya yang kemudian meminta saya agar tidak melawan cakap orang tua-tua. Jadi saya patuh, saya tidak boleh berkata tidak kepada ibu saya,” katanya semasa majlis makan malam bersama komuniti di sini.

Abang Johari berkata beliau mempunyai rancangan yang besar untuk Sarawak dan yakin mampu merealisasikannya kerana negeri itu dijangka berkembang dari segi kewangan pada tahun-tahun akan datang.

“Akan terdapat lebih banyak (pembangunan) pada masa akan datang. Bagaimanapun, saya tidak boleh melakukannya jika saya tidak mempunyai kuasa,” katanya sambil menambah rakyat perlu terus memberikan mandat kepada Gabungan Parti Sarawak untuk mentadbir Sarawak.

Beliau juga berkata Agensi Pembangunan Ulu Rajang, yang bertanggungjawab bagi pembangunan di kawasan Ulu Rajang dari Kanowit ke Kapit, akan menerima peruntukan sebanyak RM1.5 bilion lagi selepas pilihan raya negeri akan datang.

Peruntukan itu antara lain akan digunakan untuk membina jalan raya di kawasan Empangan Nanga Mujong-Baleh sepanjang 73 kilometer, jalan raya di Nanga Serau-Sungai Kain dan jalan raya di Tunoh dari Nanga Mujong ke Nanga Tiau.

Katanya apa yang lebih penting ialah Sarawak memiliki pemimpin berwawasan yang boleh bekerjasama dan keadaan politik yang stabil bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dilaksanakan.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Macron Sasar Golongan Radikal, Bukan Umat Islam – Kedutaan Perancis

KUALA LUMPUR: Kedutaan Perancis di Malaysia menjelaskan bahawa Presiden Perancis, Emmanuel Macron tidak menyasarkan masyarakat Islam di negara itu, sebaliknya menentang ideologi Islamisme radikal...

Takkan Tak Faham?

Johor Bahru: "Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia (BM)," tegur hakim selepas penganggur yang dituduh merogol anak tiri berdiam diri sehingga...

Ahmad Faizal Tak Percaya UMNO Perak Berkomplot Dengan Pembangkang

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu enggan mempercayai dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO Perak berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu...