Zahid belum terima surat rayuan dihantar KJ

KUALA LUMPUR – Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan parti belum menerima surat rayuan daripada bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berhubung pemecatannya pada Januari 2023.

“Belum, saya belum terima lagi,” kata Zahid ringkas ketika ditemui media selepas menyempurnakan sesi dialog Belanjawan 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya pada Khamis bersama pihak berkepentingan peringkat negeri.

Memetik FMT, sumber memberitahu portal berkenaan bahawa bekas Menteri Kesihatan itu menghantar surat rayuan terbabit melalui pegawainya, baru-baru ini.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dipecat Umno pada Januari 2023 atas dakwaan pelanggaran disiplin.

Pada 6 Julai, Khairy berkata beliau sedia mempertimbangkan tawaran Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh untuk membantu memudahkannya kembali ke pangkuan parti.

Sebelum itu, Akmal dilaporkan berkata, beliau sedia menjadi jambatan untuk membawa pemimpin Umno digantung dan dipecat Umno termasuk Khairy, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Shahril Hamdan kembali ke pangkuan parti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat