Jangan Tipu Doktor, Elaun ‘On-Call’ Janji Kenaikan Tiba-Tiba Ditarik Balik- Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh, menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan kerajaan yang dikatakan tidak akan menaikkan elaun on-call pegawai perubatan, selepas sebelum ini diumumkan ada kenaikan.

Menurut beliau, petugas kesihatan merasa dihargai dengan pengumuman terdahulu, meskipun jumlah kenaikan tidak setanding dengan bayaran locum di hospital swasta.

“Untuk makluman pihak YB menteri, bila diumumkan bahawa akan ada kenaikan elaun on-call ini para petugas kesihatan kita ini terasa dihargai walaupun kenaikan itu bukanlah banyak jika dibandingkan dengan bayaran locum di hospital swasta tetapi mereka merasakan bahawa segala penat lelah mereka ini dihargai oleh kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan terbaharu yang menyatakan kenaikan itu tidak dapat dilaksanakan menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan doktor.

“Bukan soal duit, tetapi soal mereka ini yang bekerja siang dan malam untuk menjaga pesakit… mereka terasa ditipu dan kecewa,” katanya lagi.

Dr. Akmal turut memberi amaran bahawa tindakan itu boleh mendorong lebih ramai doktor berhijrah ke luar negara, sekali gus menjejaskan sistem kesihatan negara.

Beliau menggesa Menteri Kesihatan untuk lebih memahami situasi sebenar dengan bersama petugas kesihatan di hospital.

“Jika YB menteri nak lebih faham, saya mencadangkan YB menteri bersama menteri yang lain untuk kerja bersama dengan mereka di hospital selama seminggu dan saya pasti pak menteri semua akan lebih memahami jiwa dan kesukaran petugas kesihatan kita dengan lebih baik,” katanya.

Dr. Akmal menegaskan, jika kerajaan benar-benar tidak mampu menaikkan elaun, ia perlu dinyatakan secara jujur.

“Dan jika tak boleh dinaikkan elaun, beritahu sahaja secara jujur tak boleh naik, bukan dengan beri harapan akhirnya semuanya hanya tinggal harapan. Kerana mereka lebih rela bekerja dengan penat lelah dari ‘dikencing’ hidup-hidup,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat