Pas tawar sertai Umno perhalusi RUU PSB

KUALA LUMPUR – Pas menghargai keterbukaan Umno dalam mengumumkan penubuhan Pasukan Khas bagi meneliti dan memperhalusi Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata, sehubungan itu, Pas menegaskan kesediaan untuk turut sama jika dijemput dalam apa jua perbincangan atau konvensyen yang dianjurkan, khususnya yang melibatkan parti-parti Melayu.

Tegas beliau, Pas yakin bahawa melalui wadah kesatuan Islam dan Melayu sahajalah kita dapat menyelamatkan negara daripada sebarang kerangka undang-undang yang berpotensi menzalimi rakyat.

“Pas berpandangan, suara kolektif umat Melayu-Islam perlu diangkat secara serius dalam menggubal sebarang dasar atau undang-undang berkaitan pembangunan bandar agar ia tidak mengabaikan kepentingan rakyat bawahan, keadilan sosial serta keseimbangan pembangunan.

“Langkah ini menunjukkan kesediaan untuk mengkaji secara mendalam implikasi undang-undang tersebut terhadap rakyat.

“Insya-Allah, Pas akan terus komited memperjuangkan kepentingan rakyat bersama-sama dengan mana-mana pihak yang ikhlas dalam agenda penyatuan ummah serta mempertahankan kesejahteraan negara,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat