‘Hilang maruah KJ jika merayu kepada Zahid’ – Tun Faisal

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu Datuk Faisal Ismail Aziz menganggap adalah tidak patut Khairy Jamaluddin merayu kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menyertai semula Umno.

Tun Faisal yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno Putrajaya memberitahu Khairy sewajarnya tegas seperti ditunjukkan Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Hilang maruah KJ kalau KJ yang merayu kepada Zahid. Sepatutnya KJ perlu tegas macam Hishammuddin Tun Hussein H2O.

“Kalau KJ ni bernilai kepada Umdap (Umno-DAP), patutnya Zahid dan Umdap yang merayu KJ untuk masuk Umdap semula dan bukan sebaliknya.

“Sekarang ni nampaknya macam Zahid dan Umdap yang lebih bernilai kepada KJ berbanding KJ yang lebih bernilai kepada Zahid dan Umdap,” bidas Tun Faisal.

Hal ini susulan, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan parti belum menerima surat rayuan daripada bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berhubung pemecatannya pada Januari 2023.

“Belum, saya belum terima lagi,” kata Zahid ringkas.

Sebelumnya difahamkan bahawa bekas Menteri Kesihatan itu menghantar surat rayuan terbabit melalui pegawainya, baru-baru ini.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dipecat Umno pada Januari 2023 atas dakwaan pelanggaran disiplin.

Pada 6 Julai, Khairy berkata beliau sedia mempertimbangkan tawaran Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh untuk membantu memudahkannya kembali ke pangkuan parti.

Sebelum itu, Akmal dilaporkan berkata, beliau sedia menjadi jambatan untuk membawa pemimpin Umno digantung dan dipecat Umno termasuk Khairy, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Shahril Hamdan kembali ke pangkuan parti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat