Penduduk Risau Wujud Fenomena ‘Bukit Malut 2’ Di Kuala Perlis

UMNO Tolak Tawaran Bersatu Untuk KM Sabah – Annuar Musa

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan UMNO telah melakukan kesilapan terbesar dalam Pilihan Raya Negeri Sabah apabila menolak tawaran Parti Pribumi...

Adun Positif Covid-19 Sehari Selepas Ujian Awal Dimaklumkan Negatif

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amirudin Yusof yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) sedang menerima rawatan di Hospital Melaka. Beliau mengesahkan...

Cegah Penularan Covid-19, UMNO Tangguh Mesyuarat Perwakilan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara yang dijadualkan pada 27 September lalu hingga 15 November ini ditangguhkan berkuatkuasa serta merta. Setiausaha...

260 Kes Covid-19 Hari Ini, Dr Noor Hisham Saran Orang Ramai Duduk Di Rumah

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk duduk di rumah berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 hari ini. “Sekiranya anda...

Amazfit Neo, Jam Tangan Pintar Dengan Rekaan Retro Beserta Fungsi Kecergasan

Sebut mengenai jenama Xiaomi, pasti ramai yang cukup tahu dimana jenama ini cukup terkenal dengan memperkenalkan dan menawarkan produk dengan harga mampu milik serta...

KUALA PERLIS – Kedatangan pendatang asing dari Bukit Malut, Langkawi sebagai nelayan di perairan Kuala Perlis menimbulkan kerisauan penduduk setempat apabila ‘tetamu tidak diundang’ itu mula mendiami di kawasan itu sejak kebelakangan ini.

Rata-rata penduduk setempat meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan mereka dan jika perkara itu tidak dibendung dari awal akan mengubah perkampungan nelayan Kuala Perlis sebagai pusat transit pendatang asing seperti yang berlaku di Bukit Malut, Langkawi.

Seorang nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli, 53, berkata beliau bimbang sekiranya perkara itu dibiarkan ia akan menimbulkan banyak isu kepada penduduk seperti masalah sosial dan penempatan haram seperti mana yang dialami oleh masyarakat di Bukit Malut.

“Saya tidak rela jika Kuala Perlis menjadi ‘Bukit Malut 2’ kerana menjadi tumpuan pendatang asing dan berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bapa kepada empat orang anak itu mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad turun padang meninjau keadaan itu dan mahu tindakan segera diambil.

Sementara itu, Surina berkata polis mula mengesan kehadiran pendatang asing di beberapa kawasan sekitar Kuala Perlis sejak tahun lepas dan akan mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan kewujudan ‘Bukit Malut 2’.

“Kita juga telah berjaya mengesan sebanyak 59 buah jeti haram sepanjang persisiran pantai Kuala Perlis yang menjadi laluan kemasukan pendatang asing dari Bukit Malut yang pada awalnya datang ke sini sebagai nelayan namun akhirnya mula menetap di sini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di persisiran pantai Kuala Perlis.

Surina berkata hasil temu bual bersama beberapa penduduk di Pulau Ketam hari ini mendapati bahawa mereka berasa tidak selesa dengan kehadiran pendatang asing itu.

“Kita harap masyarakat sedia memberi maklumat kepada pihak polis sebelum keadaan menjadi buruk, apabila jumlah mereka bertambah. Kita akan menghadapi kesukaran untuk mengawal mereka dan adalah lebih baik sekiranya perkara ini dibendung dari awal,” katanya.

Beliau berkata mereka (pendatang asing dari Bukit Malut) selesa tinggal di Kuala Perlis memandangkan lokasi, bentuk muka bumi dan persekitaran kedua-dua tempat tersebut hampir sama.

Menurut Surina, polis akan memperketatkan kawalan dengan rondaan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Selain melakukan rondaan anggota unit MPV dan URB juga akan melakukan ‘Stop and Talk’ bagi mendapatkan maklumat daripada orang ramai tentang lokasi pendatang asing dan bagaimana mereka keluar dan masuk ke sini sebelum tindakan diambil,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri Kedah menerima saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar penduduk yang tinggal di penempatan haram di Bukit Malut, Langkawi, dipindahkan ke kawasan lain bagi memulangkan semula tanah yang didiami kepada pemilik asal.

Bukit Malut sebelum ini menjadi tempat trasit pendatang asing yang membina penempatan haram tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa dan pemilik tanah.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

UMNO Tolak Tawaran Bersatu Untuk KM Sabah – Annuar Musa

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan UMNO telah melakukan kesilapan terbesar dalam Pilihan Raya Negeri Sabah apabila menolak tawaran Parti Pribumi...

Adun Positif Covid-19 Sehari Selepas Ujian Awal Dimaklumkan Negatif

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amirudin Yusof yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) sedang menerima rawatan di Hospital Melaka. Beliau mengesahkan...

260 Kes Covid-19 Hari Ini, Dr Noor Hisham Saran Orang Ramai Duduk Di Rumah

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk duduk di rumah berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 hari ini. “Sekiranya anda...