Mira Filzah: Kisah Cintanya Dengan Suami Jadi Perbualan Hangat Di Twitter

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perkahwinan aktres Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar jadi bualan hangat peminat di Twitter Malaysia malam tadi.

Pasangan pengantin baru ini mencatat kedudukan pertama dan ketiga ‘trending’ di Malaysia semalam. Suaminya, Emir, hanya kedua selepas Veveonah.

Pelbagai kisah dikongsikan peminat seperti ramai mendakwa Emir berjumpa terus di bakal ibu mertuanya untuk berkenalan, setelah Mira tidak melayan permintaan itu melaluinya DM (mesej terus) di Instagram.

Moralnya kata mereka (pada si bujang yang ada situasi sama), terus jumpa ibu pasangan anda itulah.

Hampir kesemua menyifatkan pasangan aktres dan arkitek ini sepadan. Tidak kurang yang memuji rekaan pelamin yang katanya dilakar sendiri sang suami.

Latar belakang politik keluarga Emir, turut tidak terlepas menjadi perbualan. Ibunya, Datin Mastura Mohd Yazid ialah Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, yang juga Ahli parlimen Kuala Kangsar.

Pasangan itu dinikahkan bapa kandung Mira, Badioezaman Ab Khalik di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam malam tadi.

Selain majlis pernikahan semalam, Mira bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat