Politik “Budak-Budak” Donald Trump

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Pasukan kempen Presiden Donald Trump melancarkan satu siri iklan Facebook pada hari Khamis yang memaparkan gambar manipulasi mengenai calon lawannya dalam pemilihan Presiden November akan datang, Joe Biden.

Gambar yang telah disunting itu menunjukkan mantan naib presiden itu kelihatan lebih tua dan lemah.

Iklan, yang melabelkan Biden sebagai “Sleepy Joe”, menunjukkan dia memandang ke latar belakang gelap dengan mulutnya sedikit ternganga.

Pasukan kempen Trump juga turut menyiarkan iklan Facebook yang hampir sama dan teks yang sama dengan foto Biden yang asli dan tidak diedit, di mana kulitnya kelihatan lebih cerah dan sihat.

Ini adalah antara contoh terbaru bagaimana pegawai Trump mengedarkan gambar yang telah diubah, atau dipetik di luar konteks untuk menyerang Biden.

Pada hari Ahad, Timbalan ketua kakitangan Rumah Putih, Dan Scavino menulis tweet video palsu yang menunjukkan Biden sedang tidur dalam satu wawancara TV. Sehari kemudian, akaun Twitter “Trump War Room” berkongsi kempen klip yang telah disunting dimana Biden berkata, “Anda tidak akan selamat di(bawah) “Joe Biden’s America.”

Dalam petikan lengkap, yang tidak disertakan klip itu, Biden berkata: “Trump dan Pence menjalankan propaganda ini – “Anda tidak akan selamat di Joe Biden’s America” (jika Biden menjadi Presiden), dan saya merasa tertarik. “Dan apa bukti mereka? Keganasan yang kita lihat di Amerika berlaku dibawah pentadbiran Donald Trump. ”

Trump, 74, hilang sabar di Twitter minggu ini berikutan desas-desus bahawa dia menderita “strok ringan,” telah menghabiskan masa berbulan-bulan untuk menunjukkan bahawa Biden, 77, calon yang tidak layak menjadi presiden – Huffington Post.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat