Pelan Jendela Fokus Pembangunan Infrastruktur Komunikasi Sabah

Shima bebas COVID-19

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Highland Tower dan Jangan Pandang Belakang Boleh, Shima Anuar akhirnya bebas jangkitan pandemik COVID-19 selepas seminggu menjalani kuarantin di rumah. Shima...

‘Buka tudung, no way!’ – Mia Sara

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha, 16, mendedahkan masih ada syarikat produksi memintanya membuka tudung, sedangkan dirinya sudah berhijab sejak lima tahun lalu. Atas...

‘Rumah’ mata air panas

JEPUN antara destinasi yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia jika melancong. Tanyalah sesiapa saja yang pernah menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu pasti ingin...

Keindahan di bumi Mozart

KEINDAHAN alam semula jadi di lokasi pengambaran filem The Sound of Music, lakonan Julie Andrew di Salzburg amat memikat hati untuk ke bumi Austria. Kami...

Tekad pengembara istimewa

"SAYA juga ingin dilayan seperti orang biasa. Perlu diingatkan bahawa layanan 'istimewa' kepada orang kurangáupaya (OKU) bukan bermaksud mengangkat kelas yang lebih tinggi tetapi...

KUALA LUMPUR – Sabah akan mendapat manfaat daripada Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) yang memberi keutamaan kepada projek pembangunan infrastruktur komunikasi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataannya berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Ogos lalu mengumumkan satu inisiatif oleh kerajaan dan pemain industri bagi mempertingkatkan tahap kesalinghubungan serta kualiti pengalaman perkhidmatan komunikasi di seluruh negara melalui pembangunan infrastruktur yang lebih cepat dan menyeluruh.

Katanya, Jendela merupakan perancangan semula pelan terdahulu iaitu Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), yang dirangka sebelum pandemik COVID-19 melanda.
Menurutnya, perubahan norma baharu pasca COVID-19 menyaksikan perubahan ketara corak penggunaan Internet dan perkembangan ini menambah kebergantungan terhadap aspek digital untuk pembangunan semula masyarakat dan ekonomi.

“Bagi rakyat negeri Sabah yang sepatutnya mendapat manfaat terbesar di bawah projek NFCP1, pelaksanaan Jendela tetap memberi keutamaan kepada projek membangunkan infrastruktur komunikasi di negeri itu dari 2020 sehingga 2022.

“Penambahan sebanyak 382 menara komunikasi baharu yang sedang dirancang dan penaiktarafan 924 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

“Selain itu, 35 menara baharu dan 1,048 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial oleh penyedia perkhidmatan bagi meningkatkan liputan 4G. Sebanyak 251,166 premis akan turut disediakan dengan capaian kepada gentian optik,” katanya.

Selain daripada itu, MCMC memaklumkan, turut mendapat perhatian ialah pembinaan sebuah menara telekomunikasi baharu untuk memberi perkhidmatan 4G kepada penduduk di Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah. Projek ini sedang dilaksanakan di bawah NFCP1 dan dijangka siap menjelang suku kedua 2021.

“Melalui pelan Jendela, sasaran-sasaran yang ditetapkan di bawah NFCP telah ditambah baik dan dipercepatkan bagi menghadapi cabaran- cabaran besar pasca COVID-19. Kejayaan pembangunan infrastruktur komunikasi di bawah Jendela adalah penting untuk menjadi landasan transformasi digital demi kelangsungan sosioekonomi negara.

“MCMC bersama- sama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan mendukung komitmen untuk memberi pengalaman terbaik kepada rakyat dan menjana pembangunan semula negara melalui penyediaan infrastruktur komunikasi yang mampan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

Dewan Baharu PKRC2.0 Dijangka Beroperasi Petang Ini

KUALA LUMPUR: Dewan baharu di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang dijangka mula...

Lelaki asyik guna telefon bimbit ditahan langgar sekatan jalan raya

KUALA LUMPUR: Akibat asyik menggunakan telefon bimbit ketika memandu, seorang lelaki ditahan selepas melanggar sekatan jalan raya Op COVID-19 di Jalan Klang Lama di...

Amaran cuaca buruk di pantai barat Sabah sehingga Selasa – MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk, dengan hujan lebat dijangka berterusan berlaku di kawasan pantai barat Sabah sehingga esok (19...