545 Ahli Parti Amanah Kota Raja Umum Keluar Parti

Bung, Salleh dan Hajiji Antara Calon Ketua Menteri Sabah

Kota Kinabalu - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mengadakan perbincangan bagi memutuskan calon ketua menteri bagi menerajui negeri Sabah. Ia ekoran kemenangan gabungan Barisan Nasional...

PRN Sabah: Nasib Berbeza Ketua-Ketua Parti

KOTA KINABALU - Percaturan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman tidak menjadi apabila gagal meraih kemenangan di DUN Bongawan. Bagaimanapun dua lagi...

PRN Sabah: Warisan Tumbang

Kota Kinabalu - Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37...

GRS Perlukan 9 Kerusi Lagi Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di laporkan telah memperolehi 28 kerusi dan memerlukan hanya 9 kerusi lagi bagi membentuk kerajaan negeri. Menurut keputusan...

Presiden UPKO Tewas Di DUN Kiulu

KOTA KINABALU - Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu pada Pilihan Raya...

SHAH ALAM – Seramai 545 ahli Amanah Kota Raja hari ini umum keluar parti berkuat kuasa serta merta dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menyatakan tertarik dengan kepimpinan Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Borang keahlian itu diserahkan wakil kumpulan berkenaan yang juga bekas Naib Pengerusi 3 Amanah Kota Raja, Jaafar Samsuddin kepada Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.

Menurut Jaafar, antara faktor membuatkan mereka tertarik menyertai Bersatu adalah sifat kesederhanaan dan kepimpinan ditonjolkan Muhyiddin selain keupayaannya menjaga kebajikan rakyat tatkala penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

“Kita lihat, (kepimpinan) Amanah tidak memainkan peranan penting dalam membela rakyat, aspek penjagaan kawasan dan keprihatinan kepada ahli. Ahli parti rasa tidak terbela walaupun sekian lama bekerja untuk parti.

“Disebabkan itu kami memilih untuk bersama Bersatu dan Perikatan Nasional yang wadah perjuangannya untuk membangun serta membela rakyat. Sebagai anak jati Kota Raja, diharapkan parti ini dapat membawa perubahan di kawasan kami,” katanya yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Amanah Negeri Selangor pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rashid menafikan dakwaan kira-kira 3,000 ahli Bersatu Selangor telah keluar parti kerana pihaknya hanya mengesan 122 ahli saja yang meninggalkan parti berkenaan setakat ini.

Katanya, jumlah ahli yang keluar parti itu turut melibatkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) daripada Bersatu bagi kawasan Kuang, Jeram dan Batang Kali untuk menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, jumlah ahli Bersatu di Selangor setakat ini sudah melebihi 50,000 orang dengan 5,000 daripadanya terdiri dalam kalangan bukan Melayu. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

GRS Perlukan 9 Kerusi Lagi Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di laporkan telah memperolehi 28 kerusi dan memerlukan hanya 9 kerusi lagi bagi membentuk kerajaan negeri. Menurut keputusan...

Individu Pulang Dari Sabah Akan Disaring Bermula Esok – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Semua individu yang tiba dari Sabah akan disaring di pintu masuk domestik dan antarabangsa, bermula esok hingga 10 Oktober depan. Ia susulan peningkatan...

PRN Sabah: Polis Halau Lebih 100 Individu Disyaki Miliki Dua Kerakyatan

PAPAR - Lebih 100 individu disyaki memiliki dua kerakyatan yang cuba pulang untuk mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dihalau keluar daripada memasuki perairan...