Otai Reformasi Gesa Potong RM10 Gaji MB Selangor Tiap Kali Gangguan Bekalan Air

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kumpulan Otai Reformis yang pro kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Selangor tidak serius menangani isu gangguan bekalan air di negeri itu yang kerap kali berulang.

Memetik laporan Malaysiakini, kumpulan penggerak gerakan reformasi 1998 itu berkata Menteri Besar Selangor dan exco negeri, serta kepimpinan syarikat Air Selangor Sdn Bhd dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) perlu didenda setiap kali masalah air berlaku.

Setiausaha Otai Reformasi Abdul Razak Ismail mencadangkan potongan gaji RM10 dibuat terhadap mereka.

“Ini sebagai tanda ‘denda’ kepada mereka kerana gagal menguruskan air dengan sempurna demi kepentingan warga Selangor,” katanya.

Menurut Abdul Razak lagi, sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan negeri daripada BN, sudah tiga Menteri Besar bertukar ganti tetapi masalah air masalah sama masih berulang tanpa penyelesaian.

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang yang dihenti tugas sejak pagi semalam akibat pencemaran sumber air mentah masih belum beroperasi setakat petang ini.

Berdasarkan kenyataan terbaru syarikat Air Selangor, gangguan bekalan air akibat buangan sisa kilang ke sumber air mentah yang menjejaskan hampir 1.2 juta akaun di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang ketika ini dijangka berterusan sekurang-kurangnya empat hari lagi.

Sementara itu, Otai Reformasi turut menyarankan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kilang yang bertanggungjawab melakukan pencemaran sumber bekalan air.

“Kalau Kerajaan Selangor boleh merobohkan perkampungan setinggan di tepi Kg Kedondong di Sg Buloh dan baru-baru ini Kg Desa Perantau di Kampung Melayu Subang untuk tujuan pelebaran dan mendalamkan sungai, maka saya tak nampak Luas tidak mampu gunakan ‘kuasanya’ untuk usir kilang kilang di tepi sungai itu demi untuk menjamin tiada gangguan air disebabkan tumpahan minyak dari kilang-kilang tersebut,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat